Wednesday, 6 August 2014

MUHASABAH SYAWAL 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

            Selamat Hari Raya Aidilfitri…Maaf  Zahir & Batin aku ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia… Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku masih berpeluang meraikan hari berbahagia ini bersama keluargaku yang tercinta… Kerana, tak semua orang bernasib baik seperti aku…ada yang raya tanpa cukup ahli keluarganya… seperti ahli keluarga mangsa MH 17 , MH 370 dan kemalangan-kemalangan yang lain yang meragut nyawa.. Ada juga beraya tanpa orang yang tersayang serta tempat tinggal yang sempurna sepertimana yang berlaku di Gaza… Ucapan takziah aku kirimkan untuk kalian semua.. Kalian adalah orang yang hebat yang dipilih oleh Allah untuk menempuhi ujian yang sebegini… Buat saudara-saudara seIslamku di Gaza aku sentiasa mendoakan agar bumi kalian aman dari segala kekejaman dan kezaliman zionis Israel laknatullah…Amin


            Oklah, kali ini aku nak cerita tentang sambutan hari raya kat kampung aku… lokasinya adalah rahsia…haha… (bajet macam orang nak tahu je)… em… tak kisahla tu… apa yang menariknya raya kali ini sebab ada omputih nak datang raya kat rumah… Correction! Sebenarnya  aku yang ajak dia datang rumah untuk sambut hari keluarga kat kampung ni… Pak cik aku yang suruh ajak dia… Mau tak tergeliat-geliat lidah aku nak cakap omputih dengan dia.. pak cik2 + mak cik2 + usrati jannati + sepupu sepapat aku semua surrender nak berbual dengan Miss Caren ni (aku tak pasti pulak ejaan dia macammana).. jadi aku la yang jadi mangsa keadaan… bijak2.. memang korang tak salah pilih orang sebagai duta dalam keluarga..haha… mula-mula tu memang aku sorang2 yang cakap dengan Miss Caren ni pastu, datangla pak cik aku dan adik sepupu aku ni join borak sekali dengan dia.. Alhamdulillah selamat aku… Aku dah rasa macam dalam rancangan “ Oh! My English ” la pulak time tu…

            Apa yang muhasabahnya omputih raya kat rumah??? Sebab tajuk entry aku muhasabah syawal kan… oklah, apa yang aku dapat daripada situasi di atas ialah kurangnya kita dalam penguasaan bahasa.. terutamanya Bahasa Inggeris… bagaimana kita nak berdakwah kalau kita tak mampu untuk terangkan keindahan islam disebabkan kita kurang fasih berbahasa… Time inilah aku rasa saaaangat bersalah kepada Miss Caren ini… sepatutnya aku try untuk dedahkah kepada beliau tentang Islam.. apa itu Islam? Sebab aku perasan Mis Caren ini ada minat nak tanya ke arah itu, sebagai contoh dia ada tanya kat pak cik aku kenapa Islam dan Israel ini asyik bergaduh? Apa itu Ramadhan? dll…Cuma aku perasan dia ada salah konsep  terhadap Islam… Sebab apabila kami tanya pendapat dia tentang peristiwa di Gaza, dia sokong Israel, dan mempertikaikan kenapa HAMAS tidak mahu menghentikan peperangan??.. Disinilah, mulanya perbincangan antara sepupuku dengan Mis Caren ini… Sepupuku cuba meyakinkan Miss Caren bahawa yang menjadi mangsa itu adalah saudara-saudara kami di Palestin..  Alhamdulillah ada juga sepupuku yang hebat berbahasa inggeris… Terima Kasih Farhana… Mudah-mudahan Miss Caren ini mendapat hidayah dari Allah… aku teringat kata-kata ust Ebit Liew, kita kena pandang orang yang bukan Islam ni dengan pandangan kasihan dan kasih sayang… Kasihan dengan mereka kerana mereka akan kekal di dalam neraka sekiranya mereka tidak beriman kepada Allah… Oleh yang demikian aku doakan Miss Caren akan dapat hidayah dari Allah untuk menerima Islam sebagai agamanya… Amin…

     Muhasabah seterusnya ialah berkaitan dengan pak cik aku… Hari keluarga untuk tahun ini di buat di rumah pak cik aku di johor… Tapi kasihan aku dengan pak cik aku ni, dia punyalah excited nak sambut hari keluarga dengan adik beradik dan anak-anak saudaranya.. beratus-ratus duit keluar semata-mata nak raikan hari keluarga… beli satay bagai…ingat nak bakar sama-sama.. tapi bila tiba hari kejadian, ramai pulak anak-anak saudara yang tak dapat datang… Hancur hati dia… riak muka pun nampak lain je… aku tahu mungkin sepupu-sepupu aku ada urusan lain yang lebih penting.. tapi cubalah lapangkan sedikit masa untuk menggembirakan hati pak cik.. bukan orang lain pun, kaum kerabat kita juga… kata-kata ini pun aku tujukan untuk diri aku juga… Kadang-kadang aku pun kurang ambil tahu tentang keadaan pak cik dan mak cik aku… Maafkan saya ye pak cik2 dan mak cik2 yang tersayang… Sila hayati petikan hadis di bawah;



            Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat petunjuk daripada-Nya… dan sentiasa ingin muhasabah diri ke arah yang lebih baik… Amin… Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin… Terima Kasih kerana sudi membaca… Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment