Wednesday, 27 August 2014

CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERJA


Assalamualaikum semua…apa khabar iman kita hari ini? Mudah-mudahan ia sentiasa berada pada posisi yang semakin hari semakin meningkat prestasinya…Amin.. Hari ini aku ingin kongsikan kepada korang semua hasil-hasil soalan temuduga yang pernah aku hadirkan diri.. tapi yang sadisnya, semuanya aku tak dapat jawapan lagi… huhu… yang paling latest ni, aku ada temuduga MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) tapi wallahua’lam… susah nak ramal.. kekosongannya satu dua je, tapi yang apply punyalah ramai… Sekarang ni punyalah susah nak cari kerja..huhu…bayangkanlah setiap tahun berapa ramai mahasiswa yang graduate dari berapa banyak universiti. Alamatnya, semakin tahun semakin bertambahlah jumlah mahasiswa yang menganggur termasuklah yang sedang menulis blog ini… huhu… Cuma aku bernasib baik kerana aku tidak perlu membayar hutang PTPTN, bukan sebab aku dapat first class, tapi sebab aku dapat biasiswa dari JAKIM… Alhamdulillah tak delah rasa terbeban sangat bila tak da kerja ini..


Contoh-contoh soalan temuduga ini semuannya bahagian Islamic sebab aku dari aliran Pengajian Islam….  Sebelum aku sajikan contoh soalan-soalan temuduga itu, aku nak bagitahu, yang paling penting korang kena tahu latarbelakang tempat kerja yang korang apply itu.. contohnya macam kalau apply spaj bahagian agama, korang study lah tentang hal ehwal agama dalam negeri atau negara, contohnya, siapa nama ketua agama negeri korang, siapa nama exco agama negeri, nama mufti, nama pengarah JAJ, nama kadhi, dan buat kajian sedikit mengenai pejabat agama.. ada berapa bahagian, apa peranan setiap bahagian… ini nak menunjukkan korang betul-betul berminat nak kerja di sektor tersebut… (ceh, cara kongsikan idea macam dah kerja je… haha)… takpelakan, apasalahnya kalau aku nak kongsikan apa yang aku tahu dan apa yang aku dapat daripada pengalaman-pengalaman aku dan juga saudara-saudara aku..

Contoh-Contoh Soalan Temuduga:-

1.     Pengenalan diri

2.   Pengetahuan Am
                                i.            Terangkan warna bendera Malaysia & Johor?
                              ii.            Terangkan konsep 1 Malaysia?
                            iii.            Sebutkan bil. daerah di dalam negeri Johor?
                            iv.            Daerah  yang paling luas kawasannya?
                              v.            Daerah yang paling kecil kawasannya?
                            vi.            Daerah yang paling ramai penduduknya?
                          vii.            Siapa ketua agama di Johor?
                        viii.            Siapa ketua agama di negeri yang tidak ada sultan?

3.     Pengetahuan berkaitan Al-Quran
                                i.            Apa surah pertama di dalam Al-Quran?
                              ii.            Berapa bil. ayat dalam surah al- Fatehah?
                            iii.            Sah atau tidak kalau solat tanpa membaca basmalah untuk surah fatehah?
                            iv.            Macammana pula hukum imam Makkah dan Madinah?(x baca basmalah untuk fatehah)
                              v.            Dimanakah ayat imalah/naqal/isymam/dan tashil di dalam al-Quran?
                            vi.            Berapakah tempat saktah di dalam al-Quran? Sebutkan?
                          vii.            Sebutkan 10 kelebihan membaca al-Quran?
                        viii.            Sebutkan kelebihan isi rumah yang membaca al-Quran?
                            ix.            Sebutkan kelebihan baca al-Quran sebelum tidur?
                              x.            Adakah penting untuk kita mendengar bacaan al-Quran dari orang yang ingin dipilih sebagai imam?
                            xi.            Apakah yang akan anda lakukan umtuk memastikan umat Islam kembali kepada al-Quran dan solat berjemaah di masjid?

4.     Pengetahuan berkaitan hukum feqh
                                  i.            Berapakah bil. rukun wuduk? Sebutkan?
                                ii.            Berapakah anggota sujud?
                              iii.            Sah atau tidak sekiranya tidak buat doa qunut dan sujud sahwi untuk solat subuh?
                              iv.            Apakah sunat aba’d? sebutkan contoh sunat-sunat aba’d?
                                v.            Apakah itu siasah syari’yyah?
                              vi.            Ceritakan tentang Syiah?
                            vii.            Apakah dia kesalahan syiah dari sudut Iktikad?
                          viii.            Apakah itu Wahabi?
                              ix.            Adakah Wahabi dianggap kafir?
                                x.            Sebutkan rukun nikah dan cerai?

Berikut adalah soalan-soalan yang pernah diajukan kepada aku ketika sesi temuduga kerja.. mungkin pada sesetengah orang soalan-soalan berikut nampak mudah, tapi bagi aku yang dalam keadaan gelabah berhadapan dengan 4 orang penemuduga yang hebat-hebat, tergagap-gagap juga nak jawab soalan-soalan berikut.. huhu

NFJ 9887
Saat menanti giliran untuk ditemuduga..sempat lagi borak-borak kat belakang...haha
Sebenarnya, soal kerja ini semuanya rezeki daripada Allah, kalau kita buat baik macam mana sekalipun, jawap tepat dan padat kalau ia bukan rezeki kita tetap kita tak dapat  kerja tersebut.. Tapi, kalau dah tertulis itu rezeki kita, tanpa temuduga pun kita akan dapat kerja tersebut… yang penting teruskan usaha, berdoa, tawakkal dan sentiasa bersangka baik kepada Allah… insya’Allah adalah perancangan terbaik yang Allah sediakan untuk kita… Amin… Abang aku selalu berpesan kepada aku, “ Adik, sabar.. Allah tahu adik belum sedia untuk kerja seperti along.. Adik manfaatkanlah masa-masa adik belum kerja ini.. Sebab nanti kalau adik da kerja, adik dah sibuk, tak da masa nak rehat.. sekarang ni sabar je…buat tak tahu je apa orang kata…”  Statusya sebagai pegawai di bahagian agama memang aku tak nafikan yang beliau begitu sibuk.. mana nak selesaikan urusan kerja pejabat, mana nak penuhi undangan ceramah… aku sepatutnya manfaatkan waktu senggang ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan aku untuk dipraktikkan kepada masyarakat di luar sana suatu hari nanti… Masa ini juga, adalah baik untuk kita sama-sama meningkatkan prestasi bacaan dan hafalan al-Quran kita… mudah-mudahan masa pengangguran ini membuahkan hasil yang lumayan…Amin..

Jangan putus berharap dan berdoa agar dikurniakan pekerjaan yang baik yang boleh menjadi penyebab kita ke syurga..

Bagi sesiapa yang mempunyai apa-apa pengalaman berkenaan dengan temuduga kerja, ataupun nak share soalan-soalan yang pernah diajukan time temuduga, jom kita share sama-sama.. mudah-mudahan menjadi panduan terbaik untuk kita buat persiapan sebelum temuduga kerja nanti… sekian sahaja coretan aku untuk kali ini… doakanlah aku akan dapat kerja yang baik secepat mugkin.. amin Insya’ Allah.. Assalamualaikum..