Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
kepada sekalian yang sudi membaca blog ini.. hari ini tajuk entry aku berkaitan
dengan temuduga .. Apa?? Temuduga lagi??? Ya, entah untuk kali ke berapa aku di
temuduga, aku pun tidak tahu, sampaikan bila aku beritahu dengan abang aku
tentang aku nak temuduga.. abang aku akan jawab, ‘’ Hah, temuduga lagi dik,
kali ni temuduga apa pulak?? ‘’.. Lihatlah dunia, punyalah banyak kali aku sudah
pergi temuduga kerja, tetapi tiada satu pun yang dapat respond yang
mensukacitakan aku..
Hari ini aku
ingin kongsikan kepada kalian semua berkaitan dengan prosedur temuduga KAFA
di JOHOR.. Pada awal bulan November 2014,
aku telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan guru KAFA ( kontrak)
di kompleks Islam Johor. Pada mulanya, aku rasa tenang, tetapi apabila jejak sahaja
kaki di dalam tempat temuduga itu, dengan orang yang ramai dan kelihatannya
mereka semua seperti sudah yakin untuk ditemuduga, jantung aku mula berdegup
degap.. mula tidak senang duduk.. Masa
tu rasanya, macam nak keluarkan jantung letak tepi sekejap, sebab agak
mengganggu konsentrasi aku pada masa itu.. huhu
Baiklah, kita
terus pergi ke prosedur temuduga KAFA.. Temuduga KAFA ini dibahagikan
kepada 3 bahagian, Pertama : Bahagian Tulisan, Kedua
: Bahagian Tilawah, dan Ketiga : Bahagian Pengetahuan Am.. setiap
bahagian di bilik yang berasingan.. ok, kita pergi ke bahagian tulisan dahulu.
Bahagian tulisan ni , kita akan diberikan dua petikan, petikan pertama dia
minta kita tukar kepada tulisan jawi, kemudian petikan kedua, dia minta kita
tukar pada bahasa arab.. Ia sangat mudah bagi mereka yang memang menguasai
kedua-dua kemahiran tersebut.. Tulisan Jawi + Bahasa Arab.
Di bahagian
tilawah pula, Alhamdulillah, soalan dia agak mudah berbanding di bahagian Pengetahuan
Am. Mula-mula dia suruh kita baca surah Al Fatehah, kemudian surah Maryam
(jangan risau, sebab dia bagi tengok teks) bukan suruh hafal.. dari surah
maryam itu dia akan tanya 3 soalan tajwid, Alhamdulillah dapat jawab..
tiba-tiba penemuduga tu suruh berzanji, berapa kali aku minta kepastian kepada
penemuduga.. Adakah betul beliau hendak mendengar alunan berzanji aku yang
merdu ini.. dan beliau mengiyakan… akhirnya, aku pun berzanjilah, nasib baik
ingat lagu berzanji tu lagi.. Selepas itu aku kena tebuk surah, jangan risau
sebab dia ambil surah lazim sahaja.. Akhir sekali, penemuduga itu suruh aku
baca doa qunut pendek dan doa keluar masjid.. Alhamdulillah lepas sudah ujian
di bilik temuduga yang kedua..
Bahagian
terakhir adalah bahagian Pengetahuan Am, soalan yang diberikan berbeza mengikut
bidang masing-masing.. ada yang kena bertutur dalam bahasa arab, ada yang kena
soalan berkaitan hukum hakam.. tetapi aku, soalannya banyak berkaitan dengan al
quran.. contohnya, ada berapa bacaan qiraat , sebutkan nama-nama imam qiraat, ada
berapa cara mebaca al quran dan sebutkan cara bacaan tersebut contoh seperti
bacaan hadar, tadwir, tartil dan selainnya
.. imam sudaisy baca ikut bacaan yang mana satu?.. satu soalan bahagian feqh iaitu ada berapa
bahagian air dan sebutkan bahagian air tersebut??.. dan soalan yang terakhir,
siapakah nama nazir KAFA di Johor??.. huh! Semput nak jawab semua
soalan-soalan itu..
Dengan
berakhirnya di bahagian ketiga ini, maka berakhirlah sesi temuduga KAFA
aku.. Aku amat berharap aku terpilih untuk jawatan ini, aku tidak nafikan amat tipis
peluang aku untuk berkhidmat bagi jawatan ini memandangkan mereka yang pergi
temuduga waktu itu semuanya hebat-hebat belaka.. tetapi rezeki semua dari
Allah.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Mudah-mudahan
apa yang aku nukilkan ini dapat jadi panduan kalian untuk akan datang… Terima
kasih kepada semua yang sudi membaca, mudah-mudahan kita semua berada dalam
rahmat-Nya..Assalamualaikum..