Tuesday, 30 September 2014

KENANGAN TERINDAH TERCIPTA BERSAMA MEREKA


Assalamualaikum semua…rasa macam dah lama tak mengukir kata-kata di blog ini…hehe.. insya’Allah hari ini aku nak kongsikan pada kalian gambar-gambar kenangan terindah aku bersama mereka.. Sejak dua menjak ini, aku asyik teringat sahaja kepada mereka… tak tahulah kenapa???... Mungkin rindu sangat pada mereka semua kut.. keletah mereka yang kadang-kadang buat aku geram, dan kadang-kadang juga membuatkan hari-hari aku bertambah ceria… Siapakah mereka????... adakah korang tertanya-tanya siapakah gerangan mereka yang bertuah itu???... Siapa nak tahu sila angkat tangan…. wah!!! Ramainya yang excited nak tahu…haha.. janganlah terlalu perasan wahai diri… tiada siapa pun yang excited nak tahu melainkan diri kau sahaja yang excited nak beritahu mereka…sebab kau sorang je yang angkat tangan… hoho

Okaylah, biar aku bagitahu korang semua.. mereka yang aku maksudkan itu ialah pelajar-pelajar aku semasa aku mengajar di salah sebuah sekolah tahfiz di Johor dan juga di Selangor… Banyak pengalaman yang aku dapat semasa aku mengajar di dua buah sekolah tersebut… Banyak juga kenangan yang tercipta bersama mereka… sekolah pertama, hanya untuk pelajar perempuan sahaja, dan semuanya wajib duduk di asrama, berbeza pula dengan sekolah kedua, terdapat pelajar lelaki dan perempuan dan tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama.. Berbeza sebenarnya cara pendekatan terhadap pelajar lelaki dan perempuan.. without any experience in education studies, sangat susah untuk aku mengawal emosi apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu bersama pelajar-pelajar aku yang hebat-hebat ini…

Aku ingat lagi, hari pertama aku menjejakkan kaki di sekolah kedua, janggal sebenarnya aku nak berhadapan dengan pelajar – pelajar di situ.. terutama sekali pelajar lelaki… yelah, sebelum inikan aku hanya pernah mengajar di sekolah tahfiz perempuan… tiba-tiba, bila nampak pelajar-pelajar lelaki ini, aku dah mula gelabah … Tetapi, semuanya berjalan dengan lancar, sebab mereka semua saaaangat cute…heh.. Mula-mula memang rasa janggal, at last aku pulak yang terover… eh taklah, aku still macam biasa.. kena jaga maruah sebagai seorang ustazah di hadapan para pelajar…haha… minta maaflah kalau ada yang nak termuntah baca ayat ini…hehe

Di sekolah pertama, berbeza pengalamannya dengan sekolah kedua… kalau di sekolah pertama, aku mengajar sekolah rendah dan sekolah menengah plus semua perempuan… Jadi, diorang ni suka kalau dengar cerita.. so, aku banyak sesi bercerita bersama mereka semasa sesi pengajaran.. dan teknik bercerita biasa-biasa je pun dah boleh attract mereka.. dan mereka sangat tumpukan perhatian ketika sesi bercerita… tetapi, cerita yang aku bagi aku cuba kaitkan dengan sesi pengajaran… di sekolah kedua, cara pendekatannya lain pulak… may be campur pelajar lelaki dan perempuan, plus sekolah menengah, jadi kadang-kadang cerita yang aku berikan macam tak sampai… so, aku try skill lain pula, iaitu tenik mengajar guna power point, tetapi teknik ini aku guna saat-saat aku dah nak tinggalkan sekolah ini.. aku dapat lihat bagaimana pelajar – pelajar ini sangat tumpukan perhatian terhadap slide-slide yang aku paparkan, sebab aku akan selitkan video-video ataupun lagu semasa sesi pengajaran untuk menarik perhatian mereka.. itulah, kita belajar melalui pengalamankan?? Macammana nak attract pelajar time P&P?? macammana nak communicate dengan pelajar?? Sebab cara pendekatan pelajar lelaki dan perempuan lain… cara pendekatan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah pun lain… dan inilah yang aku belajar semasa aku mengajar di dua buah sekolah ini… bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang hebat-hebat, sahabat-sahabat pendidik yang sangat baik hati dan tenaga pengurusan dan pentadbiran yang tidak jemu memberi kerjasama serta tunjuk ajar kepada aku.. percayalah, aku amat rindukan kalian semua…huhu..

Kepada guru-guruku, baru aku sedar, bukan mudah untuk mengajar anak - anak pelajarmu yang terlalu banyak karenah ini… yang sentiasa mempunyai 1001 alasan tidak menyiapkan kerja sekolah, yang kadang-kadang buat tidak dengar apabila disuruh sesuatu… Begitu banyak pengorbanan yang anda telah lakukan demi melihat anak-anakmu berjaya… Ucapan terima kasih kepada cikgu, sir, ustaz & ustazah yang sangat ikhlas mengajar aku sejak dari Tadika, Sekolah Kebangsaan Laksamana, Sekolah Menengah Agama(Arab), Maahad Johor, Darul Quran JAKIM, dan USIM.. jasamu akan kukenang sampai bila-bila… tidak dilupakan juga buat guru pertamaku abah dan mak, terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengajar anakmu ini erti kehidupan, serta nikmat iman & islam…terima kasih semua…hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.. =)

              Aku akhiri entry ini dengan gambar-gambar kenangan terindah aku bersama pelajar-pelajar aku, USTAZAH SANGAT SAYANGKAN KALIAN SEMUA…SEMOGA KALIAN MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH, HAFIZ DAN HAFIZAH SERTA BAKAL MENJADI ULAMA YANG BENAR2 MENAIKKAN AGAMA ISLAM DI MASA AKAN DATANG.. AMIN.. sekian...terima kasih kepada semua yang sudi membaca…



Saat-saat terakhir bersama pelajar-pelajarku di maahad tahfiz perempuan 


Malam terakhir menikmati jamuan bersama sebahagian pelajar-pelajarku
p/s : Kebanyakan gambar adalah gambar pelajar lelaki. Gambar pelajar perempuan kurang diuploadkan atas sebab-sebab tertentu... jangan risau gambar antum semua sentiasa tersemat di hati ustazah...=) syukran jazilan