Monday, 23 June 2014

ADAKAH ORANG YANG TIDAK CANTIK TIDAK BERHAK UNTUK BAHAGIA????

Assalamualaikum….

Cantik!!! Orang kata cantik itu subjektif…  Dan ada juga orang kata cantik yang sebenar adalah  cantik dari sudut dalamannya…  Tapi berapa orang sangat yang memandang akhlak yang cantik berbanding muka yang cantik??? Tak  paham??? Oklah, aku akan bagi beberapa contoh yang aku sendiri pernah hadapinya..  Masalah berat sebelah selalu sangat berlaku dari masa aku belajar, praktikal sampailah aku kerja.. Nak tahu sebab apa? Sebabnya aku ni tak cantik… ikutlah aku ni rajin macam mana pun, baik macam mana pun tetap diorang akan bias… ish3x (sambil geleng kepala)

            Aku ingat lagi, time aku praktikal kat sebuah “ pejabat agama”  ni.. “Pejabat Agama” ok.. aku ingat bila praktikal kat tempat Islamic2 ni, semua orang akan layan aku sama macam orang lain… tapi hampeh… still ada juga sikap berat sebelah yang dorang cuba tonjolkan.. terutamanya pekerja lelaki… aku sedih sangat time tu.. kalau budak praktikal tu cantik, bukan main layannya baik, kalau aku?? Aku ingat lagi, one day tu, aku minta sorang mamat pejabat ni tolong bukakan pintu bilik, korang tahu dia jawab apa..  “bukalah sendiri”…pergh!!! Mendidih aku rasa time tu… tapi aku pun buat bodoh je depan dia… aku try mcm2 nak buka pintu tu..lantaklah kopak pun kopak lah.. dah dia tak nak tolong aku…at last nasib bek boleh buka gak pintu tu…sedih tau bila orang buat kita macam tu… banyak lagi peristiwa2 yang berlaku time praktikal tu.. tiap2 malam aku nangis…aku ngadu kat Allah… sbb aku tak tahu nak ngadu kat siapa.. diorang tak paham perasaan aku… aku tahu aku tak boleh pertikaikan kejadian Allah… tapi kalau manusia asyik memandang hina kat aku disebabkan faktor fizikal aku, itu menyebabkan aku hilang arah… mula nak pertikaikan.. sedangkan aku sudah redha atas segalanya..

            Sekarang aku sudah masuk alam pekerjaan.. Aku mengajar di sebuah sekolah swasta… sekolah Islamic… pun Islamic gak.. ok, kat sini pun aku  mempunyai masalah yang sama… ada juga seteng- seteng cikgu yang memang malas nak layan aku.. tapi kalau dengan cikgu perempuan yang lain bukan main banyak citernye ye… senang je nak minta tolong… ada satu time tu aku nak minta tolong sorang ustaz ni kawal pelajar2 sebab aku tak dapat nak handle sorang2.. yelah time tu pun aku sibuk nak buat preparation untuk budak2 exam… tibe2 dia  jawab… “tak boleh, ana bizi bizi bizi sangat”…pergh! Hancur hati rasanya… kenapa ye? Orang macam aku ni mmg susah nak diterima oleh masyarakat ke?? Orang macam aku ni tak layak ke nak rasa bahagia ?? Aku tak nafikan ada juga orang yang boleh layan aku sama mcm orang lain..tapi bilangannya boleh dikira pakai jari…sedih sangat…akhirnya, aku pun letak jawatan… entahlah, aku pun tak tahu sampai bila masalah diskriminasi ini akan berakhir…

            Aku just nak share apa yang aku rasa.. aku pasti ramai je yang ada masalah macam aku… sebenarnya benda ini bukan satu masalah yang besar pun.. tapi apabila manusia seringkali melakukan sesuatu yang menyebabkan hati orang lain terluka, terhiris dan tersiat.. akhirnya akan memberikan impak yang negative pada diri individu tersebut… samalah macam aku, sekarang ini aku jadi seorang yang sangat rendah diri… kalu rendah diri tu tak pa, tapi kalau sampai tahap rasa terlampau rendah diri sehingga takut berhadapan dengan masyarakat, itu satu masalah yang besar… dan itulah aku… aku tak kerje sekarang ni.. aku takut nak kerje.. aku takut nak berhadapan dengan keletah pekerja2 yang sentiasa pentingkan kecantikan fizikal… Aku berharap sangat mudah-mudahan satu hari nanti aku dikurniakan sahabat-sahabat, rakan-rakan kerja yang boleh menerima aku seadanya… 


Ya Allah, maafkan lah aku sekiranya aku selalu mempertikaikan kejadian Mu..sedangkan Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap ciptaan Mu…

            Di kesempatan ini, aku sangat berharap kepada masyarakat di luar sana supaya jangan memandang seseorang itu melalui cantik rupa parasnya sahaja, tetapi pandanglah akhlak seseorang itu. Apalah yang ada pada rupa paras yang cantik tetapi malas buat kerja, hanya tahu untuk kipas orang atasan sahaja.. biarlah mukanya hodoh tetapi hatinya baik, jujur dan ikhlas dalam melakukan tugasan… Ingatlah setiap orang mempunyai hati, maka jagalah hati mereka.. Insya’Allah.. Allah akan menyayangi kamu.. Maaf, sekiranya saya ada menyinggung hati mana-mana pihak..Asif jiddan…terima kasih kepada yang sudi membaca…