Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh…
Hari ini
merupakan hari yang ke 26 dalam bulan Ramadhon, maksudnya berbaki lagi 3 hari
sebelum menjelangnya syawal.. Aku cuba koreksi kembali Ramadhon aku kali ini,
masih seperti ramadhon yang sebelumnya, dan aku takut Ramadhon aku kali ini
lagi teruk dari yang lepas..wa nau’zubillahi min zalik..
Bulan Ramadhon
kali ini benar-benar mendidik jiwa aku… Jiwa yang sentiasa tidak puas dengan
apa yang dia ada… Jiwa yang susah nak bersyukur atas nikmat yang sudah sedia
ada… dan sentiasa memandang kelebihan orang lain yang akhirnya membawa kepada
perbandingan kekurangan diri… Itulah aku..
15 Sya’ban aku
dikejutkan dengan berita kemalangan kakak angkat aku… sekarang ini dia masih
terlantar di hospital… koma… gegaran di otaknya sewaktu kemalangan menyebabkan
beliau lambat untuk sedarkan diri.. sewaktu pertama kali aku melawat beliau di hospital,
aku tidak dapat menahan air mataku tatkala memandang beliau yang kaku di atas
katil… Pelbagai komen yang diberikan oleh doktor, “matanya kemungkinan masuk
kaca, jadi kita kena tunggu pesakit sedar untuk mengetahui tahap penglihatan
pesakit, begitu juga dengan pendengarannya,” “Otaknya mungkin mengalami
kecederaan, kemungkinan kalau dia sedar dia akan kembali seperti kanak-kanak,
ataupun dia akan ingat-ingat lupa.” . Ya Allah beratnya nak terima apa yang doktor
katakan itu.. seperti tidak percaya pula dengan apa yang berlaku.. dalam
sekelip mata sahaja Allah boleh tarik nikmat-Nya yang dipinjamkan kepada
hamba-Nya … Tapi itu hanya andaian doktor.. Apa yang aku harapkan agar beliau
kembali sedar dan sehat seperti sedia kala.. kerana beliau seorang yang sangat
baik, rajin berpuasa, dan sangat menghormati orang tua.. Beliau merupakan anak
angkat kesayangan ibu bapaku.. Allah sedang mengujinya dengan cara yang
sebegini… aku sentiasa berdoa kepada Allah agar beliau cepat sedar dari komanya itu, dipanjangkan umurnya dan
diberikan kesihatan kepadanya..
Melihatkan
situasi sedemikian, aku terasa diri ini sangat bersalah dan sangat berdosa… Aku
sentiasa merasa rendah diri terhadap keadaan fizikal diri aku ini sehinggakan
kadang-kadang sampai tahap aku mempertikaikan keadaan fizikal aku.. aku lupa akan
nikmat sehat, penglihatan, pendengaran serta akal fikiran yang telah Allah
berikan kepadaku… Mata aku masih boleh melihat keindahan alam ini, telinga aku
masih boleh mendengar segala nada dan suara di atas muka bumi ini, mulutku
masih boleh bertutur dengan baik, dan aku diberikan akal yang boleh membezakan
yang mana baik dan buruk.. Kenapa aku harus mempertikaikan kejadian Allah
lagi?? Astaghfirullahala’zim… Aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang
kufur nikmat…
Minggu lepas
aku pulang ke kampung.. ingin menziarahi atukku dan ingin berbuka puasa
bersamanya.. di sana aku berjumpa dengan adik sepupuku… Dia ingin meminta
nasihat daripadaku tentang masalah rumahtangganya… Mungkin aku dari aliran
agama dan pernah bekerja di pejabat agama, di sebabkan itu, dia rasa selesa dan
percaya untuk berkongsi masalah rumahtangganya kepadaku… Aku tahu aku bukanlah
orang yang layak untuk menasihati orang yang sudah berumahtangga, sedangkan aku
pun masih belum menempuhi alam tersebut… tapi, apa yang aku dapat daripada
situasi ini ialah aku harus rasa gembira dengan hidup aku sekarang ini dan
sentiasa menghargai kehidupan aku.. Melihatkan masalah rumahtangga yang
dihadapi oleh adik sepupu aku ini, aku
seharusnya rasa bersyukur kerana aku tidak diuji sepertimana adik sepupuku…
Mungkin kehidupan singleku ini adalah yang lebih baik bagiku untuk masa
ini… Dan aku belum cukup pakagenya untuk mendapat suami yang cukup pakagenya…
Lagipun Allah tahu yang aku masih belum mampu untuk menggalas tanggungjawab
yang besar itu… Allah Maha Mengetahui atas sesuatu perkara sedangkan kita tidak
mengetahuinya…
Ahad yang lepas
aku mendapat panggilan temuduga di salah sebuah institusi pendidikan swasta.
Bulan ramadhon ini memang bulan yang mendidik kesabaran aku.. sesitemuduga dalam bulan ramadhon ini memang mencabar bagi
aku.. pukul 9.00 pagi aku sudah berada di institusi tersebut, tapi nama aku
dipanggil untuk ditemuduga pukul 4.30 petang… memang lambat… lama aku menunggu…
sampai nak terpejam-pejam mata aku menahan gantuk.. tetapi, rupa-rupanya ada
hikmah… hikmah yang aku tak dapat nak explain kat sini… Alhamdulillah… sorry
ye tak dapat nak explain yang hikmah tu…
Semua
kejadian-kejadian dan perasaan-perasaan ini aku dapat dalam bulan ramadhon yang
mulia ini… Memang benar bulan ramadhon adalah bulan tarbiah… Tarbiah diri
kearah yang lebih baik… Allah menegur kita dengan pelbagai cara, kadang-kadang
dari jalan yang tidak disangka-sangka.. Oleh itu, bersama-samalah kita
meningkatkan amalan kita kepada Allah
sebagai tanda balas budi atas segala nikmat yang telah diberikannya
kepada kita.. Lagipun, bukankah Allah telah menciptakan jin dan manusia itu
melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya sepertimana dalam surah az-Zariyat :
ayat 56.. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat hidayah daripada-Nya.. Amin.. Tidak
dilupakan juga ucapan takziah kepada keluarga serta kaum kerabat anak kapal dan
penumpang kapal terbang MH 17 dan MH 370… Mudah-mudahan rahmat Allah bersama
dengan mereka…Amin
No comments:
Post a Comment