Benar! Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia….melainkan
ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian tersebut…
Aku ingin menceritakan pengalaman aku berkaitan dengan hikmah
Allah.. Hikmah ini tidak akan kita rasainya melainkan selepas sesuatu kejadian
itu telah berlaku…
Ceritanya begini…aku baru sahaja quit dari mengajar di
sebuah sekolah di Bangi…aku sebenarnya takdelah masalah besar sangat kat sekolah ini.. Tipulah jugak kalau aku kata aku tak da masalah kat sini.. Cuma aku ada alasan lain kenapa aku quit dari sekolah ini…(entah, aku pun pening bila baca ayat aku ni..huhu) sejujurnya aku sangat menyanyangi anak-anak pelajarku di sana..Umur mereka
antara 13 tahun hingga 15 tahun… ya! Aku memang garang…tapi garangnya aku untuk
memastikan mereka hidup dalam disiplin…
Kisah bermula apabila ibuku memberitahu ingin mengambil aku dan
barangku pada petang Isnin.. ibu bapaku datang dengan bas dari Johor kemudian
pak cikku akan mengambil mereka di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan akan
terus ke tempat ku untuk mengambil aku beserta barang-barangku…aku mengira jam tatkala itu, “
Mungkin sampai dalam pukul 4.00 petang, sempatlah aku nak salam wida’
dangan Maira dan guru-guru lain di sana..pastu sempatla aku nak lihat muka
anak-anak pelajar aku sebelum aku balik Johor..” fikirku sendiri di waktu itu
sudah siap berkemas dan bertudung tinggal tunggu ibu bapa aku datang je walhal
waktu itu baru je pukul 3 petang..punyalah excited nak jumpa pelajar
sebab dah seminggu tak jumpa diorang coz cuti awal tahun hari tu.. Rindu
sangat dengan telatah mereka…
Ok, sambung citer..pada awalnya perjalanan ibu bapaku berjalan
dengan lancar.. sehinggalah ibu bapa ku sudah sampai di TBS…Tepat pukul 4.00
ptg aku menelefon ibuku bertanya di mana mereka sekarang ini, ibu menjawab dia
baru sahaja menaiki kereta pak cik ku di TBS…Alhamdulillah ibu bapaku dah
selamat sampai di TBS walaupun anggaran masa aku lari ketika itu..pukul 4.30
petang aku mesej ibuku untuk bertanya tentang lokasinya…tetapi tiada
jawapan..aku cuba untuk telefon ibuku…masih tiada jawapan..sudahnya aku cuba
telefon bapa dan pak cikku…pun tiada jawapan…hati aku mula risau…dah tak senang
duduk aku di buatnya…akhirnya aku ambil air sembahyang then aku solat
asar dulu memandangkan waktu asar sudah pun masuk…aku tidak putus-putus doa
untuk keselamatan ibu bapa ku dalam masa yang sama aku turut berharap aku
sempat untuk sampai ke sekolah sebelum pukul 5 untuk jumpa dengan anak-anak muridku
di sana..kalau tak jumpa semua may be jumpa sikit pun tak pe…at least dapat
tengok wajah diorang sebelum aku tinggalkan tempat ini…
Akhirnya, lepas solat asar aku mendapat mesej dari ibuku mengatakan
pak cikku berhenti di serdang sebab hujan lebat sangat…ya Allah…kau sedang uji
aku sekarang??? Dalam risaukan ibu bapaku, aku juga risau sekiranya tak dapat
jumpa sahabat seperjuanganku dan anak-anakku??? Aku mula mempertikaikan takdir
Allah..Knp Allah lambatkan perjalanan ibu bapaku??knp hujan turun degan lebat
hari ini sedangkan sebelum ni susah nak hujan kat Selangor ni?? Minda aku mula
dikuasai oleh bisikan-bisikan syaitan yang sememangnya ingin menggoyahkan
keimanan aku pada Allah dan takdirnya…Astaghfirullahala’zim….
Pukul 5.30 petang ibu bapa aku sampai ke rumah sewa aku untuk
mengambil barang-barang..waktu itu teman-teman rumah aku belum pulang dari
kerja lagi…mereka juga bekerja di sekolah yang aku dah berhenti itu..Nak
dijadikan cerita, barang aku terlalu banyak , tak muat nak diisi semuanya di
dalam kereta tersebut.. Pak cik aku kata di akan datang semula malam ini untuk
ambil baki barang tersebut..otak aku mula berfikir, kalau pak cik aku datang
malam ini boleh la aku ajak dia pergi ke sekolah kejap, sebab aku nak jumpa sangat
dengan Maira dan anak-anak aku kat sana..malam ini kebetulan shift Maira
jaga pelajar prep... pelajar-pelajar pun semua prep kat surau..
Maka aku pun stay la dekat rumah sewa itu dulu sementara nak tunggu
pak cik aku ambil aku malam ni..kawan-kawan serumah aku pun balik dan lihat aku
masih ada di sini..sempatlah aku bercerita dengan diorang tentang apa yang
terjadi tadi sebab diorang sebenarnya tengah tunggu aku kat pejabat untuk salam
wida’…teman serumah aku sangat baik orangnya…so, tak rugi kalau kawan dengan
diorang…
Akhirnya, pak cik aku berserta ibu bapa aku datang malam itu..aku
bersalaman dengan kawan-kawan serumah aku…sedih nak tinggalkan diorang…seterusnya
destinasi aku ke sekolah… tak sabar nak jumpa anak-anak aku di sana…Sampai je
kat sekolah, aku terus ke surau..anak-anak tengah solat Isyak berjemaah.. sejuk
hati aku tengok diorang solat..”ini kali terakhir aku tengok diorang solat”
bisik aku dalam hati…Tiba-tiba aku nampak Maira..Maira sedang jaga pelajar
solat…aku pun bersalaman dengan dia..dan kami bertukar-tukar cerita…habis je
mereka solat, pelajar-pelajar perempuan meluru ke arah aku…masih memujuk aku
supaya stay di sekolah ini..terharu aku di buatnya…selepas itu aku jumpa
dengan pelajar-pelajar lelaki dan memberikan sedikit wasiat serta ucapan maaf..riuhrendah
suasana surau time tu…Ada juga anak muridku yang tunggu aku di bawah
untuk memberiku coklat Cadbury…memang terbaiklah perjumpaan aku malam tu
bersama dengan pelajar-pelajar..
Baru aku faham, inilah hikmahnya Allah melambatkan perjalanan ibu
bapaku ke sini…sebab Allah nak bagi aku peluang jumpa dengan semua anak-anak
aku yang tersayang malam tu…kalaulah aku pergi sekolah petang itu, maybe
aku takkan jumpa semua anak-anak aku sebab aku akan hanya berada di bilik guru
sahaja..dan kebanyakan anak-anak aku akan sibuk dengan aktiviti kendiri mereka
sendiri..yelah, yang lelaki akan pergi main bola, yang perempuan pula akan
sibuk di asrama..memangla tak dapat nak jumpa diorang semua…so, pertemuan malam
itu telah mengajar aku supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah..dan ingat
lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…Malam tu aku buat solat taubat, aku
takut sangat Allah murka dengan aku sebab aku mempertikaikan takdirNya..Astagfirullahhal’zim…Ya
Allah..Ampunkanlah hambaMu yang lemah dan jahil ini…amin
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Boleh jadi sesuatu yang kamu benci
itu amat baik untuk kamu, dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula adalah
amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui’
Surah al- Baqarah : 216
