Assalamualaikum diucapkan
kepada semua pelawat yang sudi melawat teratak buruk aku ini..hehe.. Hari ini
aku nak kongsi suatu cerita yang aku rasa best untuk dikongsi.. ok, satu
malam tu aku ada dengar satu ceramah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin. Beliau ini antara favourite
penceramah aku..suka dengar dia ceramah, lebih-lebih lagi kalau dia cerita
tentang Rasulullah s.a.w..best sangat..
Tapi untuk kali ini, aku nak cerita tentang seorang Badwi
ni..cerita ni pun aku naqal dari Habib Ali Zainal Abidin..Ada seorang Arab
Badwi ini, dia wujud pada zaman Rasulullah s.a.w..
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari time Rasulullah dan
sahabat-sahabat berkumpul di dalam masjid, tiba-tiba si Badwi ini pergi kencing
kat satu tempat kat dalam masjid itu..Aku lupa apa nama orang Badwi ini..
Sahabat-sahabat yang tengok time tu, apa lagi rasa geram dan marahlah
kat Badwi ini..sesedap rasa dia saja nak kencing merata-rata di kawasan masjid…
Pastu, ada seorang sahabat minta izin dari Rasulullah untuk halau Badwi
itu..Tapi Rasulullah kata jangan, tunggu dia habis kencing dulu..takut nanti
air kencing badwi itu bersepah kalau dihalau time dia tengah kencing..
Selesai sahaja Badwi ini kencing, dia pun masuk ke dalam masjid dan
duduk di kalangan sahabat-sahabat. Dia berasa hairan melihat wajah
sahabat-sahabat yang kemerah-merahan menahan marah..lalu si Badwi ini pun bertanya
kepada sahabat-sahabat “ kenapa kamu semua
memandang kepada aku dengan muka yang masam? Aku ada hutang dengan kamu ke?”
Ketika itu jugaklah Rasulullah s.a.w telah menasihati si Badwi itu
dengan lemah lembut. Baginda menerangkan tentang perbuatan si Badwi yang tidak
sepatutnya dilakukan di masjid..Lalu si Badwi ini pun berkata “ Wahai
Rasulullah, aku tidak tahu perkara seperti itu tidak boleh dilakukan.. aku
berjanji aku tidak akan melakukannya lagi..”
Dan Badwi itu pun berdoa :
“Ya
Allah, ampunkan dosa aku dan Muhammad, yang lain tak payah…”
Dan Badwi ini jugalah yang pernah memotong khutbah Rasulullah s.a.w…ceritanya
macam ini:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah sedang memberi khutbah…Lalu si
Badwi ini telah memotong kata-kata Rasulullah dengan mengajukan satu soalan
kepada Rasulullah sa.w “Ya Rasulullah, Bilakah berlakunya Hari Kiamat?”
Maka sahabat-sahabat pun memandang ke arah si Badwi ini kerana bersikap
sedemikian. Memotong kata-kata Rasulullah ketika baginda sedang berkhutbah..
Rasulullah pun membalas soalan tersebut dengan mengajukan kembali soalan
kepada si Badwi “ Apa yang telah kau siapkan untuk bertemu dengan Hari
Kiamat?”
Dan Badwi itu pun menjawab “ Ya Rasulullah, Aku ini amalannya
tidak banyak, Tapi hanya hati aku ini dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah
dan Rasulullah,”
Lantas Rasulullah s.a.w menjawab “
Kamu bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat nanti”
Sungguh! Sahabat-sahabat
yang mendengar kata-kata Rasulullah ketika itu, berterima kasih dengan si Badwi
tersebut kerana dengan soalan si Badwi itu, maka sahabat-sahabat telah dapat
mendengar hadith yang paling menggembirakan hati mereka..
Sampaikan ada seorang sahabat itu berkata “sejak kali
pertama aku mendengar hadith dari Rasulullah, inila hadith yang paling
menggembirakan hati”
Nak tau tak, kenapa sahabat-sahabat suka sangat dengar hadith ini??
Sebab mereka semua cintakan Rasulullah s.a.w..Jadi bila dengar jaminan mereka
boleh duduk dengan orang yang paling mereka cintai di akhirat nanti, of coz
la mereka semua suka sebab mereka semua nak duduk dengan Rasulullah time
kat Akhirat nanti…
So, macam mana pulak dengan kita?? Siapa yang kita paling
cintai?? Dengan siapa kita nak duduk di akhirat nanti??? Renung-renungkanlah….wallahua’lam…

