Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Selamat
Hari Raya Aidilfitri…Maaf Zahir &
Batin aku ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia… Alhamdulillah
syukur kepada Allah kerana aku masih berpeluang meraikan hari berbahagia ini
bersama keluargaku yang tercinta… Kerana, tak semua orang bernasib baik seperti
aku…ada yang raya tanpa cukup ahli keluarganya… seperti ahli keluarga mangsa MH
17 , MH 370 dan kemalangan-kemalangan yang lain yang meragut nyawa.. Ada juga
beraya tanpa orang yang tersayang serta tempat tinggal yang sempurna
sepertimana yang berlaku di Gaza… Ucapan takziah aku kirimkan untuk kalian
semua.. Kalian adalah orang yang hebat yang dipilih oleh Allah untuk menempuhi
ujian yang sebegini… Buat saudara-saudara seIslamku di Gaza aku sentiasa
mendoakan agar bumi kalian aman dari segala kekejaman dan kezaliman zionis
Israel laknatullah…Amin
Oklah,
kali ini aku nak cerita tentang sambutan hari raya kat kampung aku… lokasinya
adalah rahsia…haha… (bajet macam orang nak tahu je)… em… tak kisahla tu…
apa yang menariknya raya kali ini sebab ada omputih nak datang raya kat rumah…
Correction! Sebenarnya aku yang
ajak dia datang rumah untuk sambut hari keluarga kat kampung ni… Pak cik aku
yang suruh ajak dia… Mau tak tergeliat-geliat lidah aku nak cakap omputih
dengan dia.. pak cik2 + mak cik2 + usrati jannati + sepupu sepapat aku semua surrender
nak berbual dengan Miss Caren ni (aku tak pasti pulak ejaan dia macammana)..
jadi aku la yang jadi mangsa keadaan… bijak2.. memang korang tak salah pilih
orang sebagai duta dalam keluarga..haha… mula-mula tu memang aku sorang2 yang
cakap dengan Miss Caren ni pastu, datangla pak cik aku dan adik sepupu aku ni
join borak sekali dengan dia.. Alhamdulillah selamat aku… Aku dah rasa macam
dalam rancangan “ Oh! My English ” la pulak time tu…
Apa
yang muhasabahnya omputih raya kat rumah??? Sebab tajuk entry aku
muhasabah syawal kan… oklah, apa yang aku dapat daripada situasi di atas ialah
kurangnya kita dalam penguasaan bahasa.. terutamanya Bahasa Inggeris… bagaimana
kita nak berdakwah kalau kita tak mampu untuk terangkan keindahan islam
disebabkan kita kurang fasih berbahasa… Time inilah aku rasa saaaangat
bersalah kepada Miss Caren ini… sepatutnya aku try untuk dedahkah kepada
beliau tentang Islam.. apa itu Islam? Sebab aku perasan Mis Caren ini ada minat
nak tanya ke arah itu, sebagai contoh dia ada tanya kat pak cik aku kenapa
Islam dan Israel ini asyik bergaduh? Apa itu Ramadhan? dll…Cuma aku perasan dia
ada salah konsep terhadap Islam… Sebab
apabila kami tanya pendapat dia tentang peristiwa di Gaza, dia sokong Israel,
dan mempertikaikan kenapa HAMAS tidak mahu menghentikan peperangan??..
Disinilah, mulanya perbincangan antara sepupuku dengan Mis Caren ini… Sepupuku
cuba meyakinkan Miss Caren bahawa yang menjadi mangsa itu adalah
saudara-saudara kami di Palestin..
Alhamdulillah ada juga sepupuku yang hebat berbahasa inggeris… Terima
Kasih Farhana… Mudah-mudahan Miss Caren ini mendapat hidayah dari Allah… aku
teringat kata-kata ust Ebit Liew, kita kena pandang orang yang bukan Islam ni
dengan pandangan kasihan dan kasih sayang… Kasihan dengan mereka kerana mereka
akan kekal di dalam neraka sekiranya mereka tidak beriman kepada Allah… Oleh
yang demikian aku doakan Miss Caren akan dapat hidayah dari Allah untuk
menerima Islam sebagai agamanya… Amin…
Muhasabah
seterusnya ialah berkaitan dengan pak cik aku… Hari keluarga untuk tahun ini di
buat di rumah pak cik aku di johor… Tapi kasihan aku dengan pak cik aku ni, dia
punyalah excited nak sambut hari keluarga dengan adik beradik dan
anak-anak saudaranya.. beratus-ratus duit keluar semata-mata nak raikan hari
keluarga… beli satay bagai…ingat nak bakar sama-sama.. tapi bila tiba
hari kejadian, ramai pulak anak-anak saudara yang tak dapat datang… Hancur hati
dia… riak muka pun nampak lain je… aku tahu mungkin sepupu-sepupu aku ada
urusan lain yang lebih penting.. tapi cubalah lapangkan sedikit masa untuk menggembirakan
hati pak cik.. bukan orang lain pun, kaum kerabat kita juga… kata-kata ini pun
aku tujukan untuk diri aku juga… Kadang-kadang aku pun kurang ambil tahu
tentang keadaan pak cik dan mak cik aku… Maafkan saya ye pak cik2 dan mak cik2
yang tersayang… Sila hayati petikan hadis di bawah;
Mudah-mudahan
kita sama-sama mendapat petunjuk daripada-Nya… dan sentiasa ingin muhasabah
diri ke arah yang lebih baik… Amin… Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir
& Batin… Terima Kasih kerana sudi membaca… Assalamualaikum…

