Saturday, 29 November 2014

TEMUDUGA LAGI...(TEMUDUGA KAFA)

          
          
         Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada sekalian yang sudi membaca blog ini.. hari ini tajuk entry aku berkaitan dengan temuduga .. Apa?? Temuduga lagi??? Ya, entah untuk kali ke berapa aku di temuduga, aku pun tidak tahu, sampaikan bila aku beritahu dengan abang aku tentang aku nak temuduga.. abang aku akan jawab, ‘’ Hah, temuduga lagi dik, kali ni temuduga apa pulak?? ‘’..  Lihatlah dunia, punyalah banyak kali aku sudah pergi temuduga kerja, tetapi tiada satu pun yang dapat respond yang mensukacitakan aku..

Hari ini aku ingin kongsikan kepada kalian semua berkaitan dengan prosedur temuduga KAFA di  JOHOR.. Pada awal bulan November 2014, aku telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan guru KAFA ( kontrak) di kompleks Islam Johor. Pada mulanya, aku rasa tenang, tetapi apabila jejak sahaja kaki di dalam tempat temuduga itu, dengan orang yang ramai dan kelihatannya mereka semua seperti sudah yakin untuk ditemuduga, jantung aku mula berdegup degap.. mula tidak senang duduk..  Masa tu rasanya, macam nak keluarkan jantung letak tepi sekejap, sebab agak mengganggu konsentrasi aku pada masa itu.. huhu

Baiklah, kita terus pergi ke prosedur temuduga KAFA.. Temuduga KAFA ini dibahagikan kepada 3 bahagian, Pertama : Bahagian Tulisan, Kedua : Bahagian Tilawah, dan Ketiga : Bahagian Pengetahuan Am.. setiap bahagian di bilik yang berasingan.. ok, kita pergi ke bahagian tulisan dahulu. Bahagian tulisan ni , kita akan diberikan dua petikan, petikan pertama dia minta kita tukar kepada tulisan jawi, kemudian petikan kedua, dia minta kita tukar pada bahasa arab.. Ia sangat mudah bagi mereka yang memang menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.. Tulisan Jawi + Bahasa Arab.

Di bahagian tilawah pula, Alhamdulillah, soalan dia agak mudah berbanding di bahagian Pengetahuan Am. Mula-mula dia suruh kita baca surah Al Fatehah, kemudian surah Maryam (jangan risau, sebab dia bagi tengok teks) bukan suruh hafal.. dari surah maryam itu dia akan tanya 3 soalan tajwid, Alhamdulillah dapat jawab.. tiba-tiba penemuduga tu suruh berzanji, berapa kali aku minta kepastian kepada penemuduga.. Adakah betul beliau hendak mendengar alunan berzanji aku yang merdu ini.. dan beliau mengiyakan… akhirnya, aku pun berzanjilah, nasib baik ingat lagu berzanji tu lagi.. Selepas itu aku kena tebuk surah, jangan risau sebab dia ambil surah lazim sahaja.. Akhir sekali, penemuduga itu suruh aku baca doa qunut pendek dan doa keluar masjid.. Alhamdulillah lepas sudah ujian di bilik temuduga yang kedua..

Bahagian terakhir adalah bahagian Pengetahuan Am, soalan yang diberikan berbeza mengikut bidang masing-masing.. ada yang kena bertutur dalam bahasa arab, ada yang kena soalan berkaitan hukum hakam.. tetapi aku, soalannya banyak berkaitan dengan al quran.. contohnya, ada berapa bacaan qiraat , sebutkan nama-nama imam qiraat, ada berapa cara mebaca al quran dan sebutkan cara bacaan tersebut contoh seperti bacaan  hadar, tadwir, tartil dan selainnya .. imam sudaisy baca ikut bacaan yang mana satu?..  satu soalan bahagian feqh iaitu ada berapa bahagian air dan sebutkan bahagian air tersebut??.. dan soalan yang terakhir, siapakah nama nazir KAFA di Johor??.. huh! Semput nak jawab semua soalan-soalan itu..


Dengan berakhirnya di bahagian ketiga ini, maka berakhirlah sesi temuduga KAFA aku.. Aku amat berharap aku terpilih untuk jawatan ini, aku tidak nafikan amat tipis peluang aku untuk berkhidmat bagi jawatan ini memandangkan mereka yang pergi temuduga waktu itu semuanya hebat-hebat belaka.. tetapi rezeki semua dari Allah.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Mudah-mudahan apa yang aku nukilkan ini dapat jadi panduan kalian untuk akan datang… Terima kasih kepada semua yang sudi membaca, mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat-Nya..Assalamualaikum.. 

Tuesday, 30 September 2014

KENANGAN TERINDAH TERCIPTA BERSAMA MEREKA


Assalamualaikum semua…rasa macam dah lama tak mengukir kata-kata di blog ini…hehe.. insya’Allah hari ini aku nak kongsikan pada kalian gambar-gambar kenangan terindah aku bersama mereka.. Sejak dua menjak ini, aku asyik teringat sahaja kepada mereka… tak tahulah kenapa???... Mungkin rindu sangat pada mereka semua kut.. keletah mereka yang kadang-kadang buat aku geram, dan kadang-kadang juga membuatkan hari-hari aku bertambah ceria… Siapakah mereka????... adakah korang tertanya-tanya siapakah gerangan mereka yang bertuah itu???... Siapa nak tahu sila angkat tangan…. wah!!! Ramainya yang excited nak tahu…haha.. janganlah terlalu perasan wahai diri… tiada siapa pun yang excited nak tahu melainkan diri kau sahaja yang excited nak beritahu mereka…sebab kau sorang je yang angkat tangan… hoho

Okaylah, biar aku bagitahu korang semua.. mereka yang aku maksudkan itu ialah pelajar-pelajar aku semasa aku mengajar di salah sebuah sekolah tahfiz di Johor dan juga di Selangor… Banyak pengalaman yang aku dapat semasa aku mengajar di dua buah sekolah tersebut… Banyak juga kenangan yang tercipta bersama mereka… sekolah pertama, hanya untuk pelajar perempuan sahaja, dan semuanya wajib duduk di asrama, berbeza pula dengan sekolah kedua, terdapat pelajar lelaki dan perempuan dan tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama.. Berbeza sebenarnya cara pendekatan terhadap pelajar lelaki dan perempuan.. without any experience in education studies, sangat susah untuk aku mengawal emosi apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu bersama pelajar-pelajar aku yang hebat-hebat ini…

Aku ingat lagi, hari pertama aku menjejakkan kaki di sekolah kedua, janggal sebenarnya aku nak berhadapan dengan pelajar – pelajar di situ.. terutama sekali pelajar lelaki… yelah, sebelum inikan aku hanya pernah mengajar di sekolah tahfiz perempuan… tiba-tiba, bila nampak pelajar-pelajar lelaki ini, aku dah mula gelabah … Tetapi, semuanya berjalan dengan lancar, sebab mereka semua saaaangat cute…heh.. Mula-mula memang rasa janggal, at last aku pulak yang terover… eh taklah, aku still macam biasa.. kena jaga maruah sebagai seorang ustazah di hadapan para pelajar…haha… minta maaflah kalau ada yang nak termuntah baca ayat ini…hehe

Di sekolah pertama, berbeza pengalamannya dengan sekolah kedua… kalau di sekolah pertama, aku mengajar sekolah rendah dan sekolah menengah plus semua perempuan… Jadi, diorang ni suka kalau dengar cerita.. so, aku banyak sesi bercerita bersama mereka semasa sesi pengajaran.. dan teknik bercerita biasa-biasa je pun dah boleh attract mereka.. dan mereka sangat tumpukan perhatian ketika sesi bercerita… tetapi, cerita yang aku bagi aku cuba kaitkan dengan sesi pengajaran… di sekolah kedua, cara pendekatannya lain pulak… may be campur pelajar lelaki dan perempuan, plus sekolah menengah, jadi kadang-kadang cerita yang aku berikan macam tak sampai… so, aku try skill lain pula, iaitu tenik mengajar guna power point, tetapi teknik ini aku guna saat-saat aku dah nak tinggalkan sekolah ini.. aku dapat lihat bagaimana pelajar – pelajar ini sangat tumpukan perhatian terhadap slide-slide yang aku paparkan, sebab aku akan selitkan video-video ataupun lagu semasa sesi pengajaran untuk menarik perhatian mereka.. itulah, kita belajar melalui pengalamankan?? Macammana nak attract pelajar time P&P?? macammana nak communicate dengan pelajar?? Sebab cara pendekatan pelajar lelaki dan perempuan lain… cara pendekatan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah pun lain… dan inilah yang aku belajar semasa aku mengajar di dua buah sekolah ini… bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang hebat-hebat, sahabat-sahabat pendidik yang sangat baik hati dan tenaga pengurusan dan pentadbiran yang tidak jemu memberi kerjasama serta tunjuk ajar kepada aku.. percayalah, aku amat rindukan kalian semua…huhu..

Kepada guru-guruku, baru aku sedar, bukan mudah untuk mengajar anak - anak pelajarmu yang terlalu banyak karenah ini… yang sentiasa mempunyai 1001 alasan tidak menyiapkan kerja sekolah, yang kadang-kadang buat tidak dengar apabila disuruh sesuatu… Begitu banyak pengorbanan yang anda telah lakukan demi melihat anak-anakmu berjaya… Ucapan terima kasih kepada cikgu, sir, ustaz & ustazah yang sangat ikhlas mengajar aku sejak dari Tadika, Sekolah Kebangsaan Laksamana, Sekolah Menengah Agama(Arab), Maahad Johor, Darul Quran JAKIM, dan USIM.. jasamu akan kukenang sampai bila-bila… tidak dilupakan juga buat guru pertamaku abah dan mak, terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengajar anakmu ini erti kehidupan, serta nikmat iman & islam…terima kasih semua…hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.. =)

              Aku akhiri entry ini dengan gambar-gambar kenangan terindah aku bersama pelajar-pelajar aku, USTAZAH SANGAT SAYANGKAN KALIAN SEMUA…SEMOGA KALIAN MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH, HAFIZ DAN HAFIZAH SERTA BAKAL MENJADI ULAMA YANG BENAR2 MENAIKKAN AGAMA ISLAM DI MASA AKAN DATANG.. AMIN.. sekian...terima kasih kepada semua yang sudi membaca…



Saat-saat terakhir bersama pelajar-pelajarku di maahad tahfiz perempuan 


Malam terakhir menikmati jamuan bersama sebahagian pelajar-pelajarku
p/s : Kebanyakan gambar adalah gambar pelajar lelaki. Gambar pelajar perempuan kurang diuploadkan atas sebab-sebab tertentu... jangan risau gambar antum semua sentiasa tersemat di hati ustazah...=) syukran jazilan 

Wednesday, 27 August 2014

CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERJA


Assalamualaikum semua…apa khabar iman kita hari ini? Mudah-mudahan ia sentiasa berada pada posisi yang semakin hari semakin meningkat prestasinya…Amin.. Hari ini aku ingin kongsikan kepada korang semua hasil-hasil soalan temuduga yang pernah aku hadirkan diri.. tapi yang sadisnya, semuanya aku tak dapat jawapan lagi… huhu… yang paling latest ni, aku ada temuduga MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) tapi wallahua’lam… susah nak ramal.. kekosongannya satu dua je, tapi yang apply punyalah ramai… Sekarang ni punyalah susah nak cari kerja..huhu…bayangkanlah setiap tahun berapa ramai mahasiswa yang graduate dari berapa banyak universiti. Alamatnya, semakin tahun semakin bertambahlah jumlah mahasiswa yang menganggur termasuklah yang sedang menulis blog ini… huhu… Cuma aku bernasib baik kerana aku tidak perlu membayar hutang PTPTN, bukan sebab aku dapat first class, tapi sebab aku dapat biasiswa dari JAKIM… Alhamdulillah tak delah rasa terbeban sangat bila tak da kerja ini..


Contoh-contoh soalan temuduga ini semuannya bahagian Islamic sebab aku dari aliran Pengajian Islam….  Sebelum aku sajikan contoh soalan-soalan temuduga itu, aku nak bagitahu, yang paling penting korang kena tahu latarbelakang tempat kerja yang korang apply itu.. contohnya macam kalau apply spaj bahagian agama, korang study lah tentang hal ehwal agama dalam negeri atau negara, contohnya, siapa nama ketua agama negeri korang, siapa nama exco agama negeri, nama mufti, nama pengarah JAJ, nama kadhi, dan buat kajian sedikit mengenai pejabat agama.. ada berapa bahagian, apa peranan setiap bahagian… ini nak menunjukkan korang betul-betul berminat nak kerja di sektor tersebut… (ceh, cara kongsikan idea macam dah kerja je… haha)… takpelakan, apasalahnya kalau aku nak kongsikan apa yang aku tahu dan apa yang aku dapat daripada pengalaman-pengalaman aku dan juga saudara-saudara aku..

Contoh-Contoh Soalan Temuduga:-

1.     Pengenalan diri

2.   Pengetahuan Am
                                i.            Terangkan warna bendera Malaysia & Johor?
                              ii.            Terangkan konsep 1 Malaysia?
                            iii.            Sebutkan bil. daerah di dalam negeri Johor?
                            iv.            Daerah  yang paling luas kawasannya?
                              v.            Daerah yang paling kecil kawasannya?
                            vi.            Daerah yang paling ramai penduduknya?
                          vii.            Siapa ketua agama di Johor?
                        viii.            Siapa ketua agama di negeri yang tidak ada sultan?

3.     Pengetahuan berkaitan Al-Quran
                                i.            Apa surah pertama di dalam Al-Quran?
                              ii.            Berapa bil. ayat dalam surah al- Fatehah?
                            iii.            Sah atau tidak kalau solat tanpa membaca basmalah untuk surah fatehah?
                            iv.            Macammana pula hukum imam Makkah dan Madinah?(x baca basmalah untuk fatehah)
                              v.            Dimanakah ayat imalah/naqal/isymam/dan tashil di dalam al-Quran?
                            vi.            Berapakah tempat saktah di dalam al-Quran? Sebutkan?
                          vii.            Sebutkan 10 kelebihan membaca al-Quran?
                        viii.            Sebutkan kelebihan isi rumah yang membaca al-Quran?
                            ix.            Sebutkan kelebihan baca al-Quran sebelum tidur?
                              x.            Adakah penting untuk kita mendengar bacaan al-Quran dari orang yang ingin dipilih sebagai imam?
                            xi.            Apakah yang akan anda lakukan umtuk memastikan umat Islam kembali kepada al-Quran dan solat berjemaah di masjid?

4.     Pengetahuan berkaitan hukum feqh
                                  i.            Berapakah bil. rukun wuduk? Sebutkan?
                                ii.            Berapakah anggota sujud?
                              iii.            Sah atau tidak sekiranya tidak buat doa qunut dan sujud sahwi untuk solat subuh?
                              iv.            Apakah sunat aba’d? sebutkan contoh sunat-sunat aba’d?
                                v.            Apakah itu siasah syari’yyah?
                              vi.            Ceritakan tentang Syiah?
                            vii.            Apakah dia kesalahan syiah dari sudut Iktikad?
                          viii.            Apakah itu Wahabi?
                              ix.            Adakah Wahabi dianggap kafir?
                                x.            Sebutkan rukun nikah dan cerai?

Berikut adalah soalan-soalan yang pernah diajukan kepada aku ketika sesi temuduga kerja.. mungkin pada sesetengah orang soalan-soalan berikut nampak mudah, tapi bagi aku yang dalam keadaan gelabah berhadapan dengan 4 orang penemuduga yang hebat-hebat, tergagap-gagap juga nak jawab soalan-soalan berikut.. huhu

NFJ 9887
Saat menanti giliran untuk ditemuduga..sempat lagi borak-borak kat belakang...haha
Sebenarnya, soal kerja ini semuanya rezeki daripada Allah, kalau kita buat baik macam mana sekalipun, jawap tepat dan padat kalau ia bukan rezeki kita tetap kita tak dapat  kerja tersebut.. Tapi, kalau dah tertulis itu rezeki kita, tanpa temuduga pun kita akan dapat kerja tersebut… yang penting teruskan usaha, berdoa, tawakkal dan sentiasa bersangka baik kepada Allah… insya’Allah adalah perancangan terbaik yang Allah sediakan untuk kita… Amin… Abang aku selalu berpesan kepada aku, “ Adik, sabar.. Allah tahu adik belum sedia untuk kerja seperti along.. Adik manfaatkanlah masa-masa adik belum kerja ini.. Sebab nanti kalau adik da kerja, adik dah sibuk, tak da masa nak rehat.. sekarang ni sabar je…buat tak tahu je apa orang kata…”  Statusya sebagai pegawai di bahagian agama memang aku tak nafikan yang beliau begitu sibuk.. mana nak selesaikan urusan kerja pejabat, mana nak penuhi undangan ceramah… aku sepatutnya manfaatkan waktu senggang ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan aku untuk dipraktikkan kepada masyarakat di luar sana suatu hari nanti… Masa ini juga, adalah baik untuk kita sama-sama meningkatkan prestasi bacaan dan hafalan al-Quran kita… mudah-mudahan masa pengangguran ini membuahkan hasil yang lumayan…Amin..

Jangan putus berharap dan berdoa agar dikurniakan pekerjaan yang baik yang boleh menjadi penyebab kita ke syurga..

Bagi sesiapa yang mempunyai apa-apa pengalaman berkenaan dengan temuduga kerja, ataupun nak share soalan-soalan yang pernah diajukan time temuduga, jom kita share sama-sama.. mudah-mudahan menjadi panduan terbaik untuk kita buat persiapan sebelum temuduga kerja nanti… sekian sahaja coretan aku untuk kali ini… doakanlah aku akan dapat kerja yang baik secepat mugkin.. amin Insya’ Allah.. Assalamualaikum..

Wednesday, 6 August 2014

MUHASABAH SYAWAL 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

            Selamat Hari Raya Aidilfitri…Maaf  Zahir & Batin aku ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia… Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku masih berpeluang meraikan hari berbahagia ini bersama keluargaku yang tercinta… Kerana, tak semua orang bernasib baik seperti aku…ada yang raya tanpa cukup ahli keluarganya… seperti ahli keluarga mangsa MH 17 , MH 370 dan kemalangan-kemalangan yang lain yang meragut nyawa.. Ada juga beraya tanpa orang yang tersayang serta tempat tinggal yang sempurna sepertimana yang berlaku di Gaza… Ucapan takziah aku kirimkan untuk kalian semua.. Kalian adalah orang yang hebat yang dipilih oleh Allah untuk menempuhi ujian yang sebegini… Buat saudara-saudara seIslamku di Gaza aku sentiasa mendoakan agar bumi kalian aman dari segala kekejaman dan kezaliman zionis Israel laknatullah…Amin


            Oklah, kali ini aku nak cerita tentang sambutan hari raya kat kampung aku… lokasinya adalah rahsia…haha… (bajet macam orang nak tahu je)… em… tak kisahla tu… apa yang menariknya raya kali ini sebab ada omputih nak datang raya kat rumah… Correction! Sebenarnya  aku yang ajak dia datang rumah untuk sambut hari keluarga kat kampung ni… Pak cik aku yang suruh ajak dia… Mau tak tergeliat-geliat lidah aku nak cakap omputih dengan dia.. pak cik2 + mak cik2 + usrati jannati + sepupu sepapat aku semua surrender nak berbual dengan Miss Caren ni (aku tak pasti pulak ejaan dia macammana).. jadi aku la yang jadi mangsa keadaan… bijak2.. memang korang tak salah pilih orang sebagai duta dalam keluarga..haha… mula-mula tu memang aku sorang2 yang cakap dengan Miss Caren ni pastu, datangla pak cik aku dan adik sepupu aku ni join borak sekali dengan dia.. Alhamdulillah selamat aku… Aku dah rasa macam dalam rancangan “ Oh! My English ” la pulak time tu…

            Apa yang muhasabahnya omputih raya kat rumah??? Sebab tajuk entry aku muhasabah syawal kan… oklah, apa yang aku dapat daripada situasi di atas ialah kurangnya kita dalam penguasaan bahasa.. terutamanya Bahasa Inggeris… bagaimana kita nak berdakwah kalau kita tak mampu untuk terangkan keindahan islam disebabkan kita kurang fasih berbahasa… Time inilah aku rasa saaaangat bersalah kepada Miss Caren ini… sepatutnya aku try untuk dedahkah kepada beliau tentang Islam.. apa itu Islam? Sebab aku perasan Mis Caren ini ada minat nak tanya ke arah itu, sebagai contoh dia ada tanya kat pak cik aku kenapa Islam dan Israel ini asyik bergaduh? Apa itu Ramadhan? dll…Cuma aku perasan dia ada salah konsep  terhadap Islam… Sebab apabila kami tanya pendapat dia tentang peristiwa di Gaza, dia sokong Israel, dan mempertikaikan kenapa HAMAS tidak mahu menghentikan peperangan??.. Disinilah, mulanya perbincangan antara sepupuku dengan Mis Caren ini… Sepupuku cuba meyakinkan Miss Caren bahawa yang menjadi mangsa itu adalah saudara-saudara kami di Palestin..  Alhamdulillah ada juga sepupuku yang hebat berbahasa inggeris… Terima Kasih Farhana… Mudah-mudahan Miss Caren ini mendapat hidayah dari Allah… aku teringat kata-kata ust Ebit Liew, kita kena pandang orang yang bukan Islam ni dengan pandangan kasihan dan kasih sayang… Kasihan dengan mereka kerana mereka akan kekal di dalam neraka sekiranya mereka tidak beriman kepada Allah… Oleh yang demikian aku doakan Miss Caren akan dapat hidayah dari Allah untuk menerima Islam sebagai agamanya… Amin…

     Muhasabah seterusnya ialah berkaitan dengan pak cik aku… Hari keluarga untuk tahun ini di buat di rumah pak cik aku di johor… Tapi kasihan aku dengan pak cik aku ni, dia punyalah excited nak sambut hari keluarga dengan adik beradik dan anak-anak saudaranya.. beratus-ratus duit keluar semata-mata nak raikan hari keluarga… beli satay bagai…ingat nak bakar sama-sama.. tapi bila tiba hari kejadian, ramai pulak anak-anak saudara yang tak dapat datang… Hancur hati dia… riak muka pun nampak lain je… aku tahu mungkin sepupu-sepupu aku ada urusan lain yang lebih penting.. tapi cubalah lapangkan sedikit masa untuk menggembirakan hati pak cik.. bukan orang lain pun, kaum kerabat kita juga… kata-kata ini pun aku tujukan untuk diri aku juga… Kadang-kadang aku pun kurang ambil tahu tentang keadaan pak cik dan mak cik aku… Maafkan saya ye pak cik2 dan mak cik2 yang tersayang… Sila hayati petikan hadis di bawah;



            Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat petunjuk daripada-Nya… dan sentiasa ingin muhasabah diri ke arah yang lebih baik… Amin… Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin… Terima Kasih kerana sudi membaca… Assalamualaikum…

Wednesday, 23 July 2014

BULAN RAMADHON BULAN TARBIAH

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Hari ini merupakan hari yang ke 26 dalam bulan Ramadhon, maksudnya berbaki lagi 3 hari sebelum menjelangnya syawal.. Aku cuba koreksi kembali Ramadhon aku kali ini, masih seperti ramadhon yang sebelumnya, dan aku takut Ramadhon aku kali ini lagi teruk dari yang lepas..wa nau’zubillahi min zalik..

Bulan Ramadhon kali ini benar-benar mendidik jiwa aku… Jiwa yang sentiasa tidak puas dengan apa yang dia ada… Jiwa yang susah nak bersyukur atas nikmat yang sudah sedia ada… dan sentiasa memandang kelebihan orang lain yang akhirnya membawa kepada perbandingan kekurangan diri… Itulah aku..

15 Sya’ban aku dikejutkan dengan berita kemalangan kakak angkat aku… sekarang ini dia masih terlantar di hospital… koma… gegaran di otaknya sewaktu kemalangan menyebabkan beliau lambat untuk sedarkan diri.. sewaktu pertama kali aku melawat beliau di hospital, aku tidak dapat menahan air mataku tatkala memandang beliau yang kaku di atas katil… Pelbagai komen yang diberikan oleh doktor, “matanya kemungkinan masuk kaca, jadi kita kena tunggu pesakit sedar untuk mengetahui tahap penglihatan pesakit, begitu juga dengan pendengarannya,” “Otaknya mungkin mengalami kecederaan, kemungkinan kalau dia sedar dia akan kembali seperti kanak-kanak, ataupun dia akan ingat-ingat lupa.” . Ya Allah beratnya nak terima apa yang doktor katakan itu.. seperti tidak percaya pula dengan apa yang berlaku.. dalam sekelip mata sahaja Allah boleh tarik nikmat-Nya yang dipinjamkan kepada hamba-Nya … Tapi itu hanya andaian doktor.. Apa yang aku harapkan agar beliau kembali sedar dan sehat seperti sedia kala.. kerana beliau seorang yang sangat baik, rajin berpuasa, dan sangat menghormati orang tua.. Beliau merupakan anak angkat kesayangan ibu bapaku.. Allah sedang mengujinya dengan cara yang sebegini… aku sentiasa berdoa kepada Allah agar beliau cepat sedar dari  komanya itu, dipanjangkan umurnya dan diberikan kesihatan kepadanya..

Melihatkan situasi sedemikian, aku terasa diri ini sangat bersalah dan sangat berdosa… Aku sentiasa merasa rendah diri terhadap keadaan fizikal diri aku ini sehinggakan kadang-kadang sampai tahap aku mempertikaikan keadaan fizikal aku.. aku lupa akan nikmat sehat, penglihatan, pendengaran serta akal fikiran yang telah Allah berikan kepadaku… Mata aku masih boleh melihat keindahan alam ini, telinga aku masih boleh mendengar segala nada dan suara di atas muka bumi ini, mulutku masih boleh bertutur dengan baik, dan aku diberikan akal yang boleh membezakan yang mana baik dan buruk.. Kenapa aku harus mempertikaikan kejadian Allah lagi?? Astaghfirullahala’zim… Aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang kufur nikmat…

Minggu lepas aku pulang ke kampung.. ingin menziarahi atukku dan ingin berbuka puasa bersamanya.. di sana aku berjumpa dengan adik sepupuku… Dia ingin meminta nasihat daripadaku tentang masalah rumahtangganya… Mungkin aku dari aliran agama dan pernah bekerja di pejabat agama, di sebabkan itu, dia rasa selesa dan percaya untuk berkongsi masalah rumahtangganya kepadaku… Aku tahu aku bukanlah orang yang layak untuk menasihati orang yang sudah berumahtangga, sedangkan aku pun masih belum menempuhi alam tersebut… tapi, apa yang aku dapat daripada situasi ini ialah aku harus rasa gembira dengan hidup aku sekarang ini dan sentiasa menghargai kehidupan aku.. Melihatkan masalah rumahtangga yang dihadapi oleh adik sepupu aku ini,  aku seharusnya rasa bersyukur kerana aku tidak diuji sepertimana adik sepupuku… Mungkin kehidupan singleku ini adalah yang lebih baik bagiku untuk masa ini… Dan aku belum cukup pakagenya untuk mendapat suami yang cukup pakagenya… Lagipun Allah tahu yang aku masih belum mampu untuk menggalas tanggungjawab yang besar itu… Allah Maha Mengetahui atas sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengetahuinya…

Ahad yang lepas aku mendapat panggilan temuduga di salah sebuah institusi pendidikan swasta. Bulan ramadhon ini memang bulan yang mendidik kesabaran aku.. sesitemuduga  dalam bulan ramadhon ini memang mencabar bagi aku.. pukul 9.00 pagi aku sudah berada di institusi tersebut, tapi nama aku dipanggil untuk ditemuduga pukul 4.30 petang… memang lambat… lama aku menunggu… sampai nak terpejam-pejam mata aku menahan gantuk.. tetapi, rupa-rupanya ada hikmah… hikmah yang aku tak dapat nak explain kat sini… Alhamdulillah… sorry ye tak dapat nak explain yang hikmah tu…


Semua kejadian-kejadian dan perasaan-perasaan ini aku dapat dalam bulan ramadhon yang mulia ini… Memang benar bulan ramadhon adalah bulan tarbiah… Tarbiah diri kearah yang lebih baik… Allah menegur kita dengan pelbagai cara, kadang-kadang dari jalan yang tidak disangka-sangka.. Oleh itu, bersama-samalah kita meningkatkan amalan kita kepada Allah  sebagai tanda balas budi atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita.. Lagipun, bukankah Allah telah menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya sepertimana dalam surah az-Zariyat : ayat 56.. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat hidayah daripada-Nya.. Amin.. Tidak dilupakan juga ucapan takziah kepada keluarga serta kaum kerabat anak kapal dan penumpang kapal terbang MH 17 dan MH 370… Mudah-mudahan rahmat Allah bersama dengan mereka…Amin

Wednesday, 25 June 2014

HIDUP ITU SATU UJIAN

“Argh….” terlepas satu keluhan panjang dari mulutku… aku melihat suasana bilikku yang serba pink purple… warna favourate aku… lalu aku bangun menuju ke cermin almari putih aku… lagi sekali terdengar keluhan dariku… Aku tidak tahu di mana silapnya diri aku ini… kehidupan bahagia seakan tidak berpihak kepada aku… seringkali aku ditimpa pelbagai ujian.. Aku sedar ujian yang menimpa adalah tanda kasih sayang Allah… ya, aku tahu dan sedar tentang itu… Cuma kadang-kadang hati ini memberontak agar keinginan dan kemahuan diri tercapai tanpa ada sebarang halangan dan dugaan… Astagfirullah…” Siapa aku yang mahukan segalanya perfect, tertib mengikut apa yang aku hajati??? adakah aku lagi tahu apa yang terbaik untuk diriku bebanding Tuhanku??? ” Soalku pada diri sendiri… Aku mula berperang dengan keinginanku.. Aku beristighfar… Tiba-tiba aku teringat ayat-ayat Al-Quran yang selalu memberi motivasi kepada aku berkaitan dengan ujian Allah…

Firman Allah swt:

Maksudnya :  Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.                                                                                                     Al Ankabut : 2-3

   Firman Allah swt :

Maksudnya : dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.                                                                                   Al Baqarah : 216         

See, jawapannya ada dalam Al-Quran.. walaupun ayat kedua itu pada dasarnya ia berkaitan dengan peperangan, tapi kita boleh lihat maknanya secara umum bahawa Allah lebih mengetahui tentang sesuatu perkara sedangkan manusia tidak mngetahuinya.. Ya, aku terlalu jahil untuk mengetahui segalanya bekaitan dengan perjalanan hidup aku… Mungkin Allah dah rancang sesuatu yag baik untuk aku di masa akan datang… Insya’Allah… apa yang aku harus buat sekarang ini adalah S.A.B.A.R..



            Firman Allah swt:

Maksudnya :  Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar.                                                                               Al Baqarah : 153
            Jelaskan, dalam Quran pun dah mention, apa yang aku perlu buat ialah minta bantuan dari Allah dengan cara berSABAR dan SOLAT… itu adalah jalan yang paling strategic supaya kita dapat hadapi ujian dengan lebih matang…

            Firman Allah swt:

Maksudnya : Maka, bersabarlah dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu..                                           Yusuf : 18
            So, sekarang ini aku nak cuba didik diri aku untuk bersabar.. Sabar atas segala ujian yang melanda diri aku…Sabar sebab tak dapat kerja lagi walaupun da lama grad, sabar sebab tak kawen2 lagi walaupun umur dah masuk 27, tengok kawan2 semua dah beranak pinak… sabarlah wahai diri.. sabar sebab sampai sekarang tak dapat nak bagi mak ayah happy, sabar sebab orang selalu mengata pasal aku… so kesimpulannya aku kena SABAR, REDHO atas segalanya dan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik… Insya’Allah adalah perancangan yang terbaik Allah sediakan untuk aku…Amin.. Kepada yang sempat menjenguk ke blog aku ini, doakanlah yang terbaik untuk aku eh… mudah-mudahan berkat doa kalian aku dapat kecapi impian aku suatu hari nanti… Insya’Allah..Aminn