Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum semua.. dah lama
sangat rasanya tak update blog ni.. last update tahun 2015 dan sekarang tahun
2017.. ini bermakna sudah lebih setahun blog ini dipandang sepi.. aduh
kesiannya dia.. disebabkan oleh kekangan masa dan ketandusan idea untuk menulis
maka blog ini turut menerima effectnya.. sejak mula bekerja sebagai guru
KAFA di sebuah sekolah agama di Johor, nampaknya gaya hidup senang lenang
sewaktu menganggur dahulu sudah kian hilang.. setiap hari ada sahaja tugasan
yang perlu dibuat mengikut masa yang ditetapkan.. bahagian pengurusan, bahagian pengajaran ..
kedua-duanya perlu diambil berat.. inilah tugasan guru masa kini.. terlalu
banyak protokol yang perlu ditepati.. siapa kata jadi guru senang??
Kalau nak jadi guru kena sabar
dan tabah.. sebab kena berdepan dengan kerenah orang atasan, ibu bapa dan anak
murid.. Kalau anaknya disentuh sikit, mulalah ibu bapa bising, walhal gurunya
sentuh hanya untuk mendidik bukan untuk menyakiti.. Alhamdulillah sepanjang
masa aku mengajar di sekolah ni, tiada lagi ibu bapa yang complaint tentang
anaknya kena denda dengan aku.. Malah ada juga di antara mereka yang memang
sarankan untuk aku rotan sahaja anak mereka sekiranya mereka nakal.. Terima
kasihlah hai sebab bagi keizinan kat aku untuk didik anak diorang.. Bersyukur
sangat dapat jenis ibu bapa yang macam ni.. Tak banyak hal…
Itu bab dengan ibu bapa, tapi bab
anak murid lainlah pula kisahnya.. ditambahkan pula tahun ni dapat pegang kelas
hujung.. Subhanallah~~ akhlaknya sangat – sangatlah meruntun jiwaku selaku
seorang guru kelas.. masing-masing nak tunjuk gangster depan
kawan-kawan.. waktu guru mengajar makan gula getah, bila guru tegur tarik muka
tak puas hati kat guru… Ada yang bila aku tegur , tunjuk gaya macam seolah-olah
nak tumbuk muka aku.. Masya Allah, sedihnya tengok akhlak mereka macam tu,
memanglah tak semua anak muridku yang teruk akhlaknya macam tu tapi kerana
beberapa orang ini boleh effect satu kelas.. Itu belum lagi kes yang tak jaga percakapan mereka di hadapan
guru, mengata dan mengutuk guru sesuka hati.. kata gurunya ‘BODOH’ ‘HITAM’ dan
lain-lain lagi.. Rata-rata mereka yang teruk akhlaknya ini memang tak pandai
mengaji dan tidak ingat bacaan dalam solat.. umur bukan budak kecil lagi, sudah
darjah 6 dan sekolah menengah.. Bila
tanya, mereka jawab memang tidak mengaji dan tidak solat di rumah.. Ibu bapa
solat, tapi tak pernah ajak solat bersama… Subhanallah kasihan tengok diorang..
kurang didikan agama dari rumah.. Ibu bapa sibuk cari duit untuk anak-anak
sehinggakan keperluan akhirawi anak-anak diabaikan.. Guru beria mengajar dan
mendidik di sekolah, solat berjemaah, ajar al quran dan agama, tup-tup bila kat
rumah, ibu bapa tak tekan untuk solat dan mengaji, makanya ajaran guru tadi
memang tidak ke mana.. ibu bapa seharusnya mengambil peranan dalam mendidik
anak-anak ke arah akhirawi bukanlah
hanya menekankan duniawi semata-mata.. Tidak boleh mengharapkan kepada guru
sahaja, kerana guru tidak bersama mereka setiap masa..
Sekarang ni, aku tengah nak perah
idea macam mana nak attract anak murid agar cinta kepada al quran, kenal
Allah dan Rasulnya.. cubalah bayangkan, umur dah tingkatan tapi bila suruh
mengucap tak tahu, alahai sedihnya.. macam mana Islam kita kalau kita tak tahu
mengucap.. kat sinilah peranan aku untuk mereka.. Hati dan jiwa kena kental
kalau nak jadi guru.. Aku kena didik
mereka ni juga walaupun kena kutuk kena maki dari mereka.. Mudah-mudahan suatu
hari nanti mereka akan jadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.. Maka,
akulah orang sangat bahagia bila tengok anak muridku berjaya.. Aminnn Insya’Allah..
Oklah, cukuplah sampai sini
sahaja coretan pengalaman aku selaku seorang guru.. entah bila akan kita ketemu
lagi wallahua’lam..hehe.. terima kasih kerana sudi membaca..=)









