Tuesday, 13 October 2015

SAHABAT SELAMANYA


   Assalamualaikum semua… Alhamdulillah syukur atas nikmat-Nya kerana kita masih punya peluang untuk hidup di muka bumi Allah ini.. Ini bermakna kita masih punya peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya serta memohon ampun daripada-Nya..

    Sudah lama rasanya tidak mencoret kata-kata di sini. Ya, sangat lama.. bukan tiada sesuatu yang menarik atau tertarik yang aku ingin kongsikan bersama anda semua, tetapi kerana ketandusan idea serta kekangan masa yang menyebabkan aku hanya memandang sepi blog aku ini…   

    Hari ini, sambil duduk-duduk menghadap buku yang berada di hadapan, sambil mencari idea-idea yang kreatif untuk melariskan jualan bookmark aku =P, tiba-tiba minda aku menerawang teringatkan kenangan aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan aku dahulu kala.. tiba-tiba sahaja, Ya! tiba-tiba saja wajah-wajah serta kenangan-kenangan bersama mereka menari-nari di kotak minda aku.. bila dah menari-nari tu, mulalah terbit rasa rindu kepada mereka semua.. rindu yang amat- amat sangat…

    Punya sahabat baik memang sangat best rasanya.. bila kita sedih, mereka akan sama kongsi rasa sedih itu bersama mereka, bila kita minta pertolongan, mereka sangat ringan tulang, bila kita sorang, mereka akan temankan kita,.. rindu sangat-sangat masa itu.. yela, masa duduk di asrama, berjauhan dengan ibu bapa, sahabat-sahabat baik aku inilah yang jadi pengubat rindu aku kepada keluarga..
Tapi, itu suatu ketika dahulu.. sekarang kami masing-masing mempunyai hala tuju yang harus kami melaluinya.. dan cara kami itu berbeza.. tapi matlamatnya sama, untuk menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat serta mengharapkan redha-Nya..

    Ada di antara mereka sudah bergelar ustazah, ada yang sedang menyambung master, ada juga yg sedang membuat PHD, business dan sebagainya.. Mereka semua sudah sibuk dengan urusan mereka sendiri.. tetapi ukhuwwah masih tidak dilupakan.. masih sentiasa berbual bersama di group wassup.. hanya tulisan serta rasa hati yang mendekatkan di antara kami.. kerana untuk bertemu semua amat susah, masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri…  

    Sungguh aku merindui mereka semua.. aku harapkan mereka akan setia support aku.. setia bersama aku.. aku sayangkan mereka semua.. merekalah sahabat selamanya bagiku.. sahabat dunia akhiratku..
Maafkanlah aku wahai sahabat, mungkin aku terlalu banyak kekurangannya.. tetapi kalian tetap sudi bersamaku, mendengar keluhanku, ketawa serta menangis bersamaku.. 


    Mungkin jarang sekali aku bertanya khabar kepada kalian, bukan kerana aku tidak mengingati kalian tetapi aku takut aku akan menggangu urusan kalian..

    Maafkanlah aku, sahabatmu yang terlalu banyak kekurangannya ini.. aku rindu sahabat-sahabatku.. sahabat selamanya bagiku.. sahabat dunia akhirat ku.. mudah-mudahan ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga.. Aminn.. 

   Oklah, cukup setakat ini sahaja coretan hati aku.. coretan kerinduan dari seorang sahabat.. terima kasih kerana sudi membacanya.. Assalamualaikum =D


p/s : Rindu sangatlah dekat awak semua (sahabat-sahabat SMAKT, MJ, DQ, dan USIM-DQ)
Terima kasih Allah kerana menghadiahkan kepada aku sahabat-sahabat yang sangat baik dan hebat..




No comments:

Post a Comment