Assalamualaikum semua…
Alhamdulillah syukur atas nikmat-Nya kerana kita masih punya peluang untuk
hidup di muka bumi Allah ini.. Ini bermakna kita masih punya peluang untuk mendekatkan
diri kepada-Nya serta memohon ampun daripada-Nya..
Sudah lama rasanya tidak mencoret
kata-kata di sini. Ya, sangat lama.. bukan tiada sesuatu yang menarik atau
tertarik yang aku ingin kongsikan bersama anda semua, tetapi kerana ketandusan
idea serta kekangan masa yang menyebabkan aku hanya memandang sepi blog aku ini…
Hari ini, sambil duduk-duduk
menghadap buku yang berada di hadapan, sambil mencari idea-idea yang kreatif
untuk melariskan jualan bookmark aku =P, tiba-tiba minda aku menerawang
teringatkan kenangan aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan aku dahulu kala..
tiba-tiba sahaja, Ya! tiba-tiba saja wajah-wajah serta kenangan-kenangan
bersama mereka menari-nari di kotak minda aku.. bila dah menari-nari tu,
mulalah terbit rasa rindu kepada mereka semua.. rindu yang amat- amat sangat…
Punya sahabat baik memang sangat
best rasanya.. bila kita sedih, mereka akan sama kongsi rasa sedih itu bersama
mereka, bila kita minta pertolongan, mereka sangat ringan tulang, bila kita
sorang, mereka akan temankan kita,.. rindu sangat-sangat masa itu.. yela, masa
duduk di asrama, berjauhan dengan ibu bapa, sahabat-sahabat baik aku inilah
yang jadi pengubat rindu aku kepada keluarga..
Tapi, itu suatu ketika dahulu..
sekarang kami masing-masing mempunyai hala tuju yang harus kami melaluinya..
dan cara kami itu berbeza.. tapi matlamatnya sama, untuk menjadi hamba Allah
yang berjaya di dunia dan di akhirat serta mengharapkan redha-Nya..
Ada di antara mereka sudah
bergelar ustazah, ada yang sedang menyambung master, ada juga yg sedang membuat
PHD, business dan sebagainya.. Mereka semua sudah sibuk dengan urusan mereka
sendiri.. tetapi ukhuwwah masih tidak dilupakan.. masih sentiasa berbual bersama
di group wassup.. hanya tulisan serta rasa hati yang mendekatkan di antara
kami.. kerana untuk bertemu semua amat susah, masing-masing mempunyai
tanggungjawab sendiri…
Sungguh aku merindui mereka
semua.. aku harapkan mereka akan setia support aku.. setia bersama aku.. aku
sayangkan mereka semua.. merekalah sahabat selamanya bagiku.. sahabat dunia
akhiratku..
Maafkanlah aku wahai sahabat,
mungkin aku terlalu banyak kekurangannya.. tetapi kalian tetap sudi bersamaku,
mendengar keluhanku, ketawa serta menangis bersamaku..
Mungkin jarang sekali aku
bertanya khabar kepada kalian, bukan kerana aku tidak mengingati kalian tetapi
aku takut aku akan menggangu urusan kalian..
Maafkanlah aku, sahabatmu yang
terlalu banyak kekurangannya ini.. aku rindu sahabat-sahabatku.. sahabat
selamanya bagiku.. sahabat dunia akhirat ku.. mudah-mudahan ukhuwwah kita
berkekalan hingga ke syurga.. Aminn..
Oklah, cukup setakat ini sahaja
coretan hati aku.. coretan kerinduan dari seorang sahabat.. terima kasih kerana
sudi membacanya.. Assalamualaikum =D
p/s : Rindu sangatlah dekat awak
semua (sahabat-sahabat SMAKT, MJ, DQ, dan USIM-DQ)
Terima kasih Allah kerana menghadiahkan kepada aku sahabat-sahabat yang sangat baik dan hebat..
Terima kasih Allah kerana menghadiahkan kepada aku sahabat-sahabat yang sangat baik dan hebat..

