Assalamualaikum semua…apa khabar iman kita hari ini? Mudah-mudahan ia
sentiasa berada pada posisi yang semakin hari semakin meningkat prestasinya…Amin..
Hari ini aku ingin kongsikan kepada korang semua hasil-hasil soalan temuduga
yang pernah aku hadirkan diri.. tapi yang sadisnya, semuanya aku tak dapat
jawapan lagi… huhu… yang paling latest ni, aku ada temuduga MAIJ (Majlis
Agama Islam Johor) tapi wallahua’lam… susah nak ramal.. kekosongannya satu
dua je, tapi yang apply punyalah ramai… Sekarang ni punyalah susah nak
cari kerja..huhu…bayangkanlah setiap tahun berapa ramai mahasiswa yang graduate
dari berapa banyak universiti. Alamatnya, semakin tahun semakin bertambahlah
jumlah mahasiswa yang menganggur termasuklah yang sedang menulis blog ini… huhu…
Cuma aku bernasib baik kerana aku tidak perlu membayar hutang PTPTN, bukan
sebab aku dapat first class, tapi sebab aku dapat biasiswa dari JAKIM…
Alhamdulillah tak delah rasa terbeban sangat bila tak da kerja ini..
Contoh-contoh soalan temuduga ini semuannya bahagian Islamic
sebab aku dari aliran Pengajian Islam…. Sebelum
aku sajikan contoh soalan-soalan temuduga itu, aku nak bagitahu, yang paling
penting korang kena tahu latarbelakang tempat kerja yang korang apply itu..
contohnya macam kalau apply spaj bahagian agama, korang study lah
tentang hal ehwal agama dalam negeri atau negara, contohnya, siapa nama ketua
agama negeri korang, siapa nama exco agama negeri, nama mufti, nama pengarah JAJ,
nama kadhi, dan buat kajian sedikit mengenai pejabat agama.. ada berapa
bahagian, apa peranan setiap bahagian… ini nak menunjukkan korang betul-betul
berminat nak kerja di sektor tersebut… (ceh, cara kongsikan idea macam dah
kerja je… haha)… takpelakan, apasalahnya kalau aku nak kongsikan apa yang
aku tahu dan apa yang aku dapat daripada pengalaman-pengalaman aku dan juga saudara-saudara
aku..
Contoh-Contoh Soalan Temuduga:-
1. Pengenalan diri
2. Pengetahuan Am
i.
Terangkan
warna bendera Malaysia & Johor?
ii.
Terangkan
konsep 1 Malaysia?
iii.
Sebutkan
bil. daerah di dalam negeri Johor?
iv.
Daerah yang paling luas kawasannya?
v.
Daerah
yang paling kecil kawasannya?
vi.
Daerah
yang paling ramai penduduknya?
vii.
Siapa
ketua agama di Johor?
viii.
Siapa
ketua agama di negeri yang tidak ada sultan?
3. Pengetahuan berkaitan Al-Quran
i.
Apa surah
pertama di dalam Al-Quran?
ii.
Berapa
bil. ayat dalam surah al- Fatehah?
iii.
Sah
atau tidak kalau solat tanpa membaca basmalah untuk surah fatehah?
iv.
Macammana
pula hukum imam Makkah dan Madinah?(x baca basmalah untuk fatehah)
v.
Dimanakah
ayat imalah/naqal/isymam/dan tashil di dalam al-Quran?
vi.
Berapakah
tempat saktah di dalam al-Quran? Sebutkan?
vii.
Sebutkan
10 kelebihan membaca al-Quran?
viii.
Sebutkan
kelebihan isi rumah yang membaca al-Quran?
ix.
Sebutkan
kelebihan baca al-Quran sebelum tidur?
x.
Adakah
penting untuk kita mendengar bacaan al-Quran dari orang yang ingin dipilih
sebagai imam?
xi.
Apakah
yang akan anda lakukan umtuk memastikan umat Islam kembali kepada al-Quran dan
solat berjemaah di masjid?
4. Pengetahuan berkaitan hukum feqh
i.
Berapakah
bil. rukun wuduk? Sebutkan?
ii.
Berapakah
anggota sujud?
iii.
Sah atau
tidak sekiranya tidak buat doa qunut dan sujud sahwi untuk solat subuh?
iv.
Apakah
sunat aba’d? sebutkan contoh sunat-sunat aba’d?
v.
Apakah
itu siasah syari’yyah?
vi.
Ceritakan
tentang Syiah?
vii.
Apakah
dia kesalahan syiah dari sudut Iktikad?
viii.
Apakah
itu Wahabi?
ix.
Adakah
Wahabi dianggap kafir?
x.
Sebutkan
rukun nikah dan cerai?
Berikut adalah soalan-soalan yang pernah diajukan kepada aku ketika
sesi temuduga kerja.. mungkin pada sesetengah orang soalan-soalan berikut
nampak mudah, tapi bagi aku yang dalam keadaan gelabah berhadapan dengan 4
orang penemuduga yang hebat-hebat, tergagap-gagap juga nak jawab soalan-soalan
berikut.. huhu
![]() |
| Saat menanti giliran untuk ditemuduga..sempat lagi borak-borak kat belakang...haha |
Sebenarnya, soal kerja ini semuanya rezeki daripada Allah, kalau
kita buat baik macam mana sekalipun, jawap tepat dan padat kalau ia bukan
rezeki kita tetap kita tak dapat kerja
tersebut.. Tapi, kalau dah tertulis itu rezeki kita, tanpa temuduga pun kita
akan dapat kerja tersebut… yang penting teruskan usaha, berdoa, tawakkal dan
sentiasa bersangka baik kepada Allah… insya’Allah adalah perancangan terbaik
yang Allah sediakan untuk kita… Amin… Abang aku selalu berpesan kepada aku, “
Adik, sabar.. Allah tahu adik belum sedia untuk kerja seperti along.. Adik
manfaatkanlah masa-masa adik belum kerja ini.. Sebab nanti kalau adik da kerja,
adik dah sibuk, tak da masa nak rehat.. sekarang ni sabar je…buat tak tahu je
apa orang kata…” Statusya sebagai pegawai di bahagian agama memang aku tak
nafikan yang beliau begitu sibuk.. mana nak selesaikan urusan kerja pejabat,
mana nak penuhi undangan ceramah… aku sepatutnya manfaatkan waktu senggang ini
untuk menambahkan ilmu pengetahuan aku untuk dipraktikkan kepada masyarakat di luar
sana suatu hari nanti… Masa ini juga, adalah baik untuk kita sama-sama
meningkatkan prestasi bacaan dan hafalan al-Quran kita… mudah-mudahan masa
pengangguran ini membuahkan hasil yang lumayan…Amin..
![]() |
| Jangan putus berharap dan berdoa agar dikurniakan pekerjaan yang baik yang boleh menjadi penyebab kita ke syurga.. |
Bagi sesiapa yang mempunyai apa-apa pengalaman berkenaan dengan temuduga
kerja, ataupun nak share soalan-soalan yang pernah diajukan time
temuduga, jom kita share sama-sama.. mudah-mudahan menjadi panduan
terbaik untuk kita buat persiapan sebelum temuduga kerja nanti… sekian sahaja
coretan aku untuk kali ini… doakanlah aku akan dapat kerja yang baik secepat
mugkin.. amin Insya’ Allah.. Assalamualaikum..




