Tuesday, 9 May 2017

Alkisah Seorang Guru

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum semua.. dah lama sangat rasanya tak update blog ni.. last update tahun 2015 dan sekarang tahun 2017.. ini bermakna sudah lebih setahun blog ini dipandang sepi.. aduh kesiannya dia.. disebabkan oleh kekangan masa dan ketandusan idea untuk menulis maka blog ini turut menerima effectnya.. sejak mula bekerja sebagai guru KAFA di sebuah sekolah agama di Johor, nampaknya gaya hidup senang lenang sewaktu menganggur dahulu sudah kian hilang.. setiap hari ada sahaja tugasan yang perlu dibuat mengikut masa yang ditetapkan..  bahagian pengurusan, bahagian pengajaran .. kedua-duanya perlu diambil berat.. inilah tugasan guru masa kini.. terlalu banyak protokol yang perlu ditepati.. siapa kata jadi guru senang??

Kalau nak jadi guru kena sabar dan tabah.. sebab kena berdepan dengan kerenah orang atasan, ibu bapa dan anak murid.. Kalau anaknya disentuh sikit, mulalah ibu bapa bising, walhal gurunya sentuh hanya untuk mendidik bukan untuk menyakiti.. Alhamdulillah sepanjang masa aku mengajar di sekolah ni, tiada lagi ibu bapa yang complaint tentang anaknya kena denda dengan aku.. Malah ada juga di antara mereka yang memang sarankan untuk aku rotan sahaja anak mereka sekiranya mereka nakal.. Terima kasihlah hai sebab bagi keizinan kat aku untuk didik anak diorang.. Bersyukur sangat dapat jenis ibu bapa yang macam ni.. Tak banyak hal…

Itu bab dengan ibu bapa, tapi bab anak murid lainlah pula kisahnya.. ditambahkan pula tahun ni dapat pegang kelas hujung.. Subhanallah~~ akhlaknya sangat – sangatlah meruntun jiwaku selaku seorang guru kelas.. masing-masing nak tunjuk gangster depan kawan-kawan.. waktu guru mengajar makan gula getah, bila guru tegur tarik muka tak puas hati kat guru… Ada yang bila aku tegur , tunjuk gaya macam seolah-olah nak tumbuk muka aku.. Masya Allah, sedihnya tengok akhlak mereka macam tu, memanglah tak semua anak muridku yang teruk akhlaknya macam tu tapi kerana beberapa orang ini boleh effect satu kelas.. Itu belum lagi kes  yang tak jaga percakapan mereka di hadapan guru, mengata dan mengutuk guru sesuka hati.. kata gurunya ‘BODOH’ ‘HITAM’ dan lain-lain lagi.. Rata-rata mereka yang teruk akhlaknya ini memang tak pandai mengaji dan tidak ingat bacaan dalam solat.. umur bukan budak kecil lagi, sudah darjah 6  dan sekolah menengah.. Bila tanya, mereka jawab memang tidak mengaji dan tidak solat di rumah.. Ibu bapa solat, tapi tak pernah ajak solat bersama… Subhanallah kasihan tengok diorang.. kurang didikan agama dari rumah.. Ibu bapa sibuk cari duit untuk anak-anak sehinggakan keperluan akhirawi anak-anak diabaikan.. Guru beria mengajar dan mendidik di sekolah, solat berjemaah, ajar al quran dan agama, tup-tup bila kat rumah, ibu bapa tak tekan untuk solat dan mengaji, makanya ajaran guru tadi memang tidak ke mana.. ibu bapa seharusnya mengambil peranan dalam mendidik anak-anak ke arah akhirawi  bukanlah hanya menekankan duniawi semata-mata.. Tidak boleh mengharapkan kepada guru sahaja, kerana guru tidak bersama mereka setiap masa..

Sekarang ni, aku tengah nak perah idea macam mana nak attract anak murid agar cinta kepada al quran, kenal Allah dan Rasulnya.. cubalah bayangkan, umur dah tingkatan tapi bila suruh mengucap tak tahu, alahai sedihnya.. macam mana Islam kita kalau kita tak tahu mengucap.. kat sinilah peranan aku untuk mereka.. Hati dan jiwa kena kental kalau nak jadi guru..  Aku kena didik mereka ni juga walaupun kena kutuk kena maki dari mereka.. Mudah-mudahan suatu hari nanti mereka akan jadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.. Maka, akulah orang sangat bahagia bila tengok anak muridku berjaya.. Aminnn Insya’Allah..

Oklah, cukuplah sampai sini sahaja coretan pengalaman aku selaku seorang guru.. entah bila akan kita ketemu lagi wallahua’lam..hehe.. terima kasih kerana sudi membaca..=)