Assalamualaikum
semua~ Terima kasih kerana sudi singgah di teratak hamba ini.. hehe
Baiklah, mari sini aku nak mulakan cerita.. Hari ini 2 PEJABAT aku pergi kerana ada urusan yang ingin
diselesaikan. Pejabat Agama Daerah (dirahsiakan) dan juga Majlis
Daerah (juga dirahsiakan). Apa yang menarik perhatian aku untuk menulis di
sini adalah bagaimana layanan yang diberikan oleh ke dua-dua pejabat ini.
Semasa menuju
ke Pejabat Agama, hati aku sangat tenang ( x da rasa apa-apa).. Apabila masuk
sahaja di sana aku tanya dengan pekerja di situ tentang urusan aku, aku
sangat-sangat kecewa, kerana apa?? Kerana sikap mereka melayan aku. Tiada
senyuman yang dipamerkan sedangkan ketika itu aku sudah senyum tersangatlah
lebar rasanya.. aku bukanlah melakukan kesalahan jenayah syariah (ditangkap
khalwat, minum arak dan sebagainya) wa iyazubillah.. aku cuma ada permohonan
yang ingin diserahkan.. Tidak salah untuk mereka memaniskan muka dengan
senyuman rasanya.. Apabila keluar dari pejabat agama itu, hati aku sudah mula
rasa geram dan tak best.. Tiba-tiba teringat cerita Bila Hati Telah Hitam,
Tiba-tiba cermin terpapar depan aku.. tergambar
wajah aku sedang bercakap di hadapan aku.. ok, part cermin tu just tambahan
je.. Tak nak nampak macam berat sangat cerita ini..
Seterusnya,
arah tuju aku ke Pejabat Majlis Daerah, seriously, waktu ni hati aku
betul-betul rasa tidak tenang berkaitan urusan yang aku kena buat di pejabat
ini.. Tetapi sangat ajaib, semua urusan aku di sini selesai dengan cepat.. plus,
aku sangat suka cara mereka melayan aku.. dengan senyuman yang manis, ayat yang
baik membuatkan aku dari rasa geram sebelum ini kepada rasa yang sangat
selesa..
Kesimpulannya, SENYUMLAH..
dengan senyuman anda mampu mengubah suasana tersebut.. aku amat berharap,
Pejabat Agama itu dapat menjalankan kerja mereka dengan senyuman.. aku tahu,
mereka ada bebanan kerja tersendiri, tapi, ingatlah semua orang ada bebanan
masing-masing.. Jadikan Pejabat Agama kita sebagai contoh untuk diamalkan oleh
pejabat-pejabat yang lain kerana pejabat agama membawa nama agama (ISLAM) itu
sendiri.. maaf sekiranya kata-kata aku megguris mana-mana pihak, tapi jadikan
ia iktibar bersama.. Senyum~~~
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى الله عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
(رواه مسلم)
Maksudnya : Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim)