Monday, 14 April 2014

KISAH SEORANG BADWI DI ZAMAN RASULULLAH


Assalamualaikum diucapkan kepada semua pelawat yang sudi melawat teratak buruk aku ini..hehe.. Hari ini aku nak kongsi suatu cerita yang aku rasa best untuk dikongsi.. ok, satu malam tu aku ada dengar satu ceramah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin. Beliau ini antara favourite penceramah aku..suka dengar dia ceramah, lebih-lebih lagi kalau dia cerita tentang Rasulullah s.a.w..best sangat..



Tapi untuk kali ini, aku nak cerita tentang seorang Badwi ni..cerita ni pun aku naqal dari Habib Ali Zainal Abidin..Ada seorang Arab Badwi ini, dia wujud pada zaman Rasulullah s.a.w..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari time Rasulullah dan sahabat-sahabat berkumpul di dalam masjid, tiba-tiba si Badwi ini pergi kencing kat satu tempat kat dalam masjid itu..Aku lupa apa nama orang Badwi ini.. Sahabat-sahabat yang tengok time tu, apa lagi rasa geram dan marahlah kat Badwi ini..sesedap rasa dia saja nak kencing merata-rata di kawasan masjid…

Pastu, ada seorang sahabat minta izin dari Rasulullah untuk halau Badwi itu..Tapi Rasulullah kata jangan, tunggu dia habis kencing dulu..takut nanti air kencing badwi itu bersepah kalau dihalau time dia tengah kencing..

Selesai sahaja Badwi ini kencing, dia pun masuk ke dalam masjid dan duduk di kalangan sahabat-sahabat. Dia berasa hairan melihat wajah sahabat-sahabat yang kemerah-merahan menahan marah..lalu si Badwi ini pun bertanya kepada sahabat-sahabat  “ kenapa kamu semua memandang kepada aku dengan muka yang masam? Aku ada hutang dengan kamu ke?

Ketika itu jugaklah Rasulullah s.a.w telah menasihati si Badwi itu dengan lemah lembut. Baginda menerangkan tentang perbuatan si Badwi yang tidak sepatutnya dilakukan di masjid..Lalu si Badwi ini pun berkata “ Wahai Rasulullah, aku tidak tahu perkara seperti itu tidak boleh dilakukan.. aku berjanji aku tidak akan melakukannya lagi..”

Dan Badwi itu pun berdoa :
“Ya Allah, ampunkan dosa aku dan Muhammad, yang lain tak payah…”

Dan Badwi ini jugalah yang pernah memotong khutbah Rasulullah s.a.w…ceritanya macam ini:

Pada suatu hari, ketika Rasulullah sedang memberi khutbah…Lalu si Badwi ini telah memotong kata-kata Rasulullah dengan mengajukan satu soalan kepada Rasulullah sa.w “Ya Rasulullah, Bilakah berlakunya Hari Kiamat?” Maka sahabat-sahabat pun memandang ke arah si Badwi ini kerana bersikap sedemikian. Memotong kata-kata Rasulullah ketika baginda sedang berkhutbah..

Rasulullah pun membalas soalan tersebut dengan mengajukan kembali soalan kepada si Badwi “ Apa yang telah kau siapkan untuk bertemu dengan Hari Kiamat?”

Dan Badwi itu pun menjawab “ Ya Rasulullah, Aku ini amalannya tidak banyak, Tapi hanya hati aku ini dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah,”

Lantas Rasulullah s.a.w menjawab “ Kamu bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat nanti”

Sungguh! Sahabat-sahabat yang mendengar kata-kata Rasulullah ketika itu, berterima kasih dengan si Badwi tersebut kerana dengan soalan si Badwi itu, maka sahabat-sahabat telah dapat mendengar hadith yang paling menggembirakan hati mereka..

Sampaikan ada seorang sahabat itu berkata “sejak kali pertama aku mendengar hadith dari Rasulullah, inila hadith yang paling menggembirakan hati”

Nak tau tak, kenapa sahabat-sahabat suka sangat dengar hadith ini?? Sebab mereka semua cintakan Rasulullah s.a.w..Jadi bila dengar jaminan mereka boleh duduk dengan orang yang paling mereka cintai di akhirat nanti, of coz la mereka semua suka sebab mereka semua nak duduk dengan Rasulullah time kat Akhirat nanti…

So, macam mana pulak dengan kita?? Siapa yang kita paling cintai?? Dengan siapa kita nak duduk di akhirat nanti??? Renung-renungkanlah….wallahua’lam…





Saturday, 12 April 2014

SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA (2)

Benar! Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia….melainkan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian tersebut…

Aku ingin menceritakan pengalaman aku berkaitan dengan hikmah Allah.. Hikmah ini tidak akan kita rasainya melainkan selepas sesuatu kejadian itu telah berlaku…

       Ceritanya begini…aku baru sahaja quit dari mengajar di sebuah sekolah di Bangi…aku sebenarnya takdelah masalah  besar sangat kat sekolah ini.. Tipulah jugak kalau aku kata aku tak da masalah kat sini.. Cuma aku ada alasan lain kenapa aku quit dari sekolah ini…(entah, aku pun pening bila baca ayat aku ni..huhu) sejujurnya aku sangat menyanyangi anak-anak pelajarku di sana..Umur mereka antara 13 tahun hingga 15 tahun… ya! Aku memang garang…tapi garangnya aku untuk memastikan mereka hidup dalam disiplin…

       Kisah bermula apabila ibuku memberitahu ingin mengambil aku dan barangku pada petang Isnin.. ibu bapaku datang dengan bas dari Johor kemudian pak cikku akan mengambil mereka di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan akan terus ke tempat ku untuk mengambil aku beserta  barang-barangku…aku mengira jam tatkala itu, “ Mungkin sampai dalam pukul 4.00 petang, sempatlah aku nak salam wida’ dangan Maira dan guru-guru lain di sana..pastu sempatla aku nak lihat muka anak-anak pelajar aku sebelum aku balik Johor..” fikirku sendiri di waktu itu sudah siap berkemas dan bertudung tinggal tunggu ibu bapa aku datang je walhal waktu itu baru je pukul 3 petang..punyalah excited nak jumpa pelajar sebab dah seminggu tak jumpa diorang coz cuti awal tahun hari tu.. Rindu sangat dengan telatah mereka…

        Ok, sambung citer..pada awalnya perjalanan ibu bapaku berjalan dengan lancar.. sehinggalah ibu bapa ku sudah sampai di TBS…Tepat pukul 4.00 ptg aku menelefon ibuku bertanya di mana mereka sekarang ini, ibu menjawab dia baru sahaja menaiki kereta pak cik ku di TBS…Alhamdulillah ibu bapaku dah selamat sampai di TBS walaupun anggaran masa aku lari ketika itu..pukul 4.30 petang aku mesej ibuku untuk bertanya tentang lokasinya…tetapi tiada jawapan..aku cuba untuk telefon ibuku…masih tiada jawapan..sudahnya aku cuba telefon bapa dan pak cikku…pun tiada jawapan…hati aku mula risau…dah tak senang duduk aku di buatnya…akhirnya aku ambil air sembahyang then aku solat asar dulu memandangkan waktu asar sudah pun masuk…aku tidak putus-putus doa untuk keselamatan ibu bapa ku dalam masa yang sama aku turut berharap aku sempat untuk sampai ke sekolah sebelum pukul 5 untuk jumpa dengan anak-anak muridku di sana..kalau tak jumpa semua may be  jumpa sikit pun tak pe…at least dapat tengok wajah diorang sebelum aku tinggalkan tempat ini…

        Akhirnya, lepas solat asar aku mendapat mesej dari ibuku mengatakan pak cikku berhenti di serdang sebab hujan lebat sangat…ya Allah…kau sedang uji aku sekarang??? Dalam risaukan ibu bapaku, aku juga risau sekiranya tak dapat jumpa sahabat seperjuanganku dan anak-anakku??? Aku mula mempertikaikan takdir Allah..Knp Allah lambatkan perjalanan ibu bapaku??knp hujan turun degan lebat hari ini sedangkan sebelum ni susah nak hujan kat Selangor ni?? Minda aku mula dikuasai oleh bisikan-bisikan syaitan yang sememangnya ingin menggoyahkan keimanan aku pada Allah dan takdirnya…Astaghfirullahala’zim….

        Pukul 5.30 petang ibu bapa aku sampai ke rumah sewa aku untuk mengambil barang-barang..waktu itu teman-teman rumah aku belum pulang dari kerja lagi…mereka juga bekerja di sekolah yang aku dah berhenti itu..Nak dijadikan cerita, barang aku terlalu banyak , tak muat nak diisi semuanya di dalam kereta tersebut.. Pak cik aku kata di akan datang semula malam ini untuk ambil baki barang tersebut..otak aku mula berfikir, kalau pak cik aku datang malam ini boleh la aku ajak dia pergi ke sekolah kejap, sebab aku nak jumpa sangat dengan Maira dan anak-anak aku kat sana..malam ini kebetulan shift Maira jaga pelajar prep... pelajar-pelajar pun semua prep kat surau..

       Maka aku pun stay la dekat rumah sewa itu dulu sementara nak tunggu pak cik aku ambil aku malam ni..kawan-kawan serumah aku pun balik dan lihat aku masih ada di sini..sempatlah aku bercerita dengan diorang tentang apa yang terjadi tadi sebab diorang sebenarnya tengah tunggu aku kat pejabat untuk salam wida’…teman serumah aku sangat baik orangnya…so, tak rugi kalau kawan dengan diorang…

       Akhirnya, pak cik aku berserta ibu bapa aku datang malam itu..aku bersalaman dengan kawan-kawan serumah aku…sedih nak tinggalkan diorang…seterusnya destinasi aku ke sekolah… tak sabar nak jumpa anak-anak aku di sana…Sampai je kat sekolah, aku terus ke surau..anak-anak tengah solat Isyak berjemaah.. sejuk hati aku tengok diorang solat..”ini kali terakhir aku tengok diorang solat” bisik aku dalam hati…Tiba-tiba aku nampak Maira..Maira sedang jaga pelajar solat…aku pun bersalaman dengan dia..dan kami bertukar-tukar cerita…habis je mereka solat, pelajar-pelajar perempuan meluru ke arah aku…masih memujuk aku supaya stay di sekolah ini..terharu aku di buatnya…selepas itu aku jumpa dengan pelajar-pelajar lelaki dan memberikan sedikit wasiat serta ucapan maaf..riuhrendah suasana surau time tu…Ada juga anak muridku yang tunggu aku di bawah untuk memberiku coklat Cadbury…memang terbaiklah perjumpaan aku malam tu bersama dengan pelajar-pelajar..



        Baru aku faham, inilah hikmahnya Allah melambatkan perjalanan ibu bapaku ke sini…sebab Allah nak bagi aku peluang jumpa dengan semua anak-anak aku yang tersayang malam tu…kalaulah aku pergi sekolah petang itu, maybe aku takkan jumpa semua anak-anak aku sebab aku akan hanya berada di bilik guru sahaja..dan kebanyakan anak-anak aku akan sibuk dengan aktiviti kendiri mereka sendiri..yelah, yang lelaki akan pergi main bola, yang perempuan pula akan sibuk di asrama..memangla tak dapat nak jumpa diorang semua…so, pertemuan malam itu telah mengajar aku supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah..dan ingat lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…Malam tu aku buat solat taubat, aku takut sangat Allah murka dengan aku sebab aku mempertikaikan takdirNya..Astagfirullahhal’zim…Ya Allah..Ampunkanlah hambaMu yang lemah dan jahil ini…amin

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu, dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula adalah amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui’
Surah al- Baqarah : 216


Friday, 11 April 2014

SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

Apa yang kita fikirkan tak semestinya itu yang kita lakukan,
Dan apa yang kita lakukan tak semestinya mengikut apa yang kita fikirkan, Kita hanya merancang tapi yang menentukannya adalah Allah s.w.t..Andainya sesuatu itu berlaku bukan mengikut apa yang kita rancangkan atau kita fikirkan sudah tentu Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk diri kita..semua yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersirat...so, sentiasalah bersangka baik kepada Allah s.w.t..=D